Ronaldo berkhatan semasa Euro 2020

Ronaldo berkhatan semasa Euro 2020

JAKARTA – Nama kapten bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi sebutan di media sosial Indonesia apabila kad edaran majlis berkhatan dikaitkan dengan pemain itu menjadi tular, lapor Suara.com.

Rupa-rupanya, Ronaldo yang dikatakan itu bukanlah bintang Juventus itu tetapi ialah seorang kanak-kanak lelaki dari Pekalongan, Jawa Tengah yang bernama Kristian Ronaldo.

Menerusi kemas kini status di Instagram @beritapekalongan1, terpapar sekeping kad undangan majlis kesyukuran sempena Kristian selamat berkhatan.

“Di tengah-tengah kesibukan menghadapi temasya Euro 2020, ternyata Ronaldo sempat meluangkan masa untuk berkhatan,” tulis akaun itu.

Status itu mengundang banyak komen-komen lucu netizen yang berasakan ia satu kebetulan yang menarik.

“Pasti anak ini apabila besar menjadi pemain bola sepak yang handal,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ronaldo kecewa Portugal gagal mara di Euro 2020 lalu mengambil keputusan untuk berkhatan,” komen seorang lagi. Agensi

Relax ini cuma cerita Ronaldo di Indonesia bukan Cristiano Ronaldo pemain Portugal. Portugal baru-baru ini telah kalah kepada Belgium dan membuatkan Ronaldo terlalu kecewa.

Pengendali Portugal, Fernandos Santos enggan menyalahkan Cristiano Ronaldo selepas penyerangnya itu gagal meledak gol ketika tewas kepada Belgium 0-1 dalam aksi 16 pasukan terakhir di Seville pada awal pagi Isnin.

Menurutnya, tiada sebab untuk menyalahkan Ronaldo dengan pemain itu sudah menunjukkan persembahan terbaik sepanjang saingan Euro kali ini.

“Ronaldo menjaringkan lima gol dalam kejohanan ini. Mungkin dia tidak menjaringkan gol hari ini, tetapi dia adalah contoh kapten sebenar dalam dunia ini.

“Dia cuba sedaya upaya untuk mengubah keputusan permainan pada hari ini, namun tidak berjaya. Tiada isu dengan Ronaldo,” katanya.

Ronaldo berkhatan semasa Euro 2020


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tolong tag ketua, pemimpin negara – Aeril Zafrel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker