Kombinasi vaksin AstraZeneca-Pfizer beri kesan lebih baik
Kombinasi vaksin AstraZeneca-Pfizer beri kesan lebih baik
LONDON: Kombinasi vaksin Pfizer-BionTech dan AstraZeneca mampu menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik berbanding dua dos suntikan daripada vaksin sama.
Universiti Oxford dalam kajian Com-COV berkata, memberikan vaksin Pfizer selepas empat minggu pemberian vaksin AstraZeneca akan menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik.
Kombinasi dua dos vaksin berbeza itu didapati menghasilkan tahap antibodi yang tinggi terhadap protein spike koronavirus.
Profesor di Universiti Oxford, Matthew Snape yang bertanggungjawab terhadap kajian itu berkata, penemuan itu dapat digunakan untuk memberi kelonggaran kepada penggunaan vaksin.
Namun ia tidak cukup besar untuk mengesyorkan peralihan yang lebih luas dari jadual yang diluluskan secara klinikal sendiri.
“Ini sudah pasti menggalakkan bahawa tindak balas antibodi dan sel T sesuai dengan jadual gabungan vaksin.
“Tetapi saya rasa jadual asal harus kekal, kecuali jika ada alasan yang sangat baik dengan apa yang terbukti berfungsi,” katanya merujuk kepada jadual vaksin yang sama dinilai dalam ujian klinikal.
Tindak balas antibodi tertinggi dilihat pada individu yang menerima dua dos vaksin Pfizer dengan kedua-dua jadual gabungan vaksin menghasilkan tindak balas yang lebih baik berbanding dua dos vaksin AstraZeneca.
Suntikan AstraZeneca diikuti oleh Pfizer menghasilkan tindak balas sel T terbaik dan juga tindak balas antibodi yang lebih tinggi berbanding Pfizer diikuti oleh AstraZeneca.
Com-COV juga memantau jadual gabungan selama selang 12 minggu dan Snape berkata suntikan AstraZeneca diketahui menghasilkan tindak balas imun yang lebih baik dengan selang waktu yang lebih lama di antara dos.
Di Britain, pihak berkuasa kesihatan mencadangkan sela masa lapan minggu di antara dos vaksin bagi penerima berusia lebih 40-an, dan 12 minggu untuk orang dewasa yang lain.
Lebih 80 peratus orang dewasa di Britain telah menerima satu dos vaksin COVID-19 manakala 60 peratus pula telah mendapat dua suntikan.-Awani
Kombinasi vaksin AstraZeneca-Pfizer beri kesan lebih baik
Baca Artikel Menarik :
- Ku Li ajak rakyat tandatangan petisyen desak Parlimen diadakan segera
- Anak beranak tanam pokok ganja dalam banglow
- Resepi asam pedas ikan pari
- Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan
- TMJ minta pastikan tiada rakyat Johor kelaparan
- Keprihatinan DYMM Sultan Johor Terus Membantu Mangsa Covid-19
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Syukur…kami dah lama tunggu giliran vaksin’
You must be logged in to post a comment.