Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan. Polis melumpuhkan sindiket penyeludupan dadah susulan penahanan dua beranak dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM23.72 juta di Jalan Lebuhraya Timur Barat di Gerik, Sabtu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Razarudin Husain, berkata hasil maklumat awam, kedua-dua lelaki berumur 27 dan 58 tahun itu yang berasal dari Kelantan ditahan sepasukan pegawai dan anggota pada 6 petang hari kejadian.
“Kedua-dua mereka adalah pemandu dan kelindan trak tunda yang membawa muatan tundaan sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna putih bagi mengaburi pihak berkuasa.
“Semasa pemeriksaan ke atas kenderaan itu dilakukan, polis menemukan bungkusan teh Cina mengandungi dadah dipercayai dadah jenis Methamphetamine dan ketamin dengan anggaran seberat 448kg.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM19,672,” katanya pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak yang turut disertai Ketua Polis Perak Mior Faridalathrash Wahid hari ini.
Beliau berkata, semua dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada kira-kira 2.1 juta penagih dipercayai untuk pasaran antarabangsa antaranya Indonesia, Filipina, Korea Selatan dan Australia.
Razarudin berkata, kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan hasil ujian air kencing juga mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
Dalam pada itu, Razarudin berkata hasil risikan pihaknya mendapati kebanyakan modus operandi digunakan oleh pengedar dadah ketika ini adalah menggunakan trak tunda atau kereta mewah untuk membawa bekalan dadah sebagai taktik untuk mengaburi pihak berkuasa.
“Ini merupakan modus operandi terbaharu yang digunakan di beberapa tempat sindiket pengedaran dadah. Pegawai dan anggota telah diarah membuat pemeriksaan secara menyeluruh semasa menahan mana-mana kenderaan trak tunda yang membawa kenderaan di atasnya,” katanya.
Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama seminggu bermula 27 Jun hingga 3 Julai depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988.
Dadah RM23.72 juta dibawa melalui trak ditahan
Baca Artikel Menarik :
- KDNK Nasional, sumbangan Selangor merosot teruk
- Rashid kata panggil Parlimen bersidang mesti lalui nasihat PM
- Ebit Lew sewa rumah untuk penduduk Gaza
- Wanita potong zakar suami mahu kahwin tiga
- ‘Cincin dah jadi hak mutlak, tak salah pun Nourul jual’- Akhil Hayy
- Resepi Kek Cheese Leleh Durian
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.