Buaya Mamat akhirnya ditangkap selepas 5 tahun


Buaya Mamat akhirnya ditangkap selepas 5 tahun

KUALA NERUS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu akhirnya berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang digelar “Mamat” oleh penduduk tempatan.

Pengarah PERHILITAN Terengganu, Abdul Malek Mohd Yusuf, berkata buaya itu ditangkap di lombong tinggal, di sini, kira-kira 5.45 petang tadi.

Katanya, reptilia berukuran 3.86m itu ditangkap melalui kaedah menjerat yang dijalankan oleh 17 anggotanya.

“Pada malam ini ‘Mamat’ akan dibawa ke Paya Indah Wetland (PIW) di Dengkil, Selangor. Sejak pertengahan Mei lepas PERHILITAN telah memasang tiga unit perangkap buaya di lokasi berkenaan tetapi tidak berjaya,” katanya dalam kenyataan.

Kisah “Mamat” yang dikatakan tersesat di lombong tinggal itu bukan perkara baharu bagi penduduk Terengganu kerana ia mula tular pada 2016 apabila penduduk sering memberi reptilia itu makanan.

Reptilia itu hanya berukuran 1m ketika ditemukan penduduk dan ia tidak bertindak agresif menyebabkan ramai yang datang ke kawasan lombong untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Buaya Mamat akhirnya ditangkap selepas 5 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Moratorium bukan automatik dan ada faedah dikenakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker