Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka — MYKMU.NET

Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka



Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka

BANGKOK: Pemandu ‘tuk-tuk’, Samran Thammasa, 39, tidak pernah mendengar nama bintang K-pop Jessica Jung sebelum pandemik bermula. Namun kini, para peminat selebriti itu di Thailand sedang membantu Samran meneruskan kelangsungan hidup, setelah sekian lama kehilangan penumpang.

Motosikal tiga tayarnya sudah lebih setahun tidak digunakan untuk membawa penumpang. Sejak beberapa bulan lalu, Samran meraih sebanyak 600 Baht (RM78) sebulan hasil daripada iklan K-pop di kenderaannya itu, lapor Reuters.

“Pendapatan itu mungkin tidak banyak bagi kebanyakan orang, namun ia besar bagi kami,” ujar Samran, sambil melihat pada iklan Jessica Jung di ‘tuk-tuk’nya.

Para pemandu kenderaan ikonik di Bangkok itu adalah antara yang paling teruk terjejas akibat pandemik. Ancaman COVID-19 ternyata melumpuhkan industri pelancongan negara itu, hingga menyaksikan jalanan kota semakin sepi dan ramai lagi menderita akibat menanggung hutang.

Samran biasanya memperoleh sekitar 1,500 Baht (RM195) sehari hasil membawa penumpang ke segenap destinasi di Bangkok. Hampir kesemua itu lenyap apabila pengunjung di bandar raya itu berkurangan sehingga 85 peratus pada 2020, dan Thailand belum lagi melonggarkan sekatan di sempadannya sejak berbulan-bulan.




Kini, bantuan yang datang memang tidak diduga. Golongan muda yang taksub dengan K-pop kini berhenti membelanjakan iklan meraikan hari lahir dan promosi pelancaran album bintang pujaan mereka dari sumber lain, sebaliknya memberikan nilai itu kepada bisnes yang terjejas seperti pemandu tuk-tuk dan penjaja makanan di jalanan.

Dalam tempoh itu, Samran dan ramai lagi pemandu tuk-tuk lain kini membawa kenderaan masing-masing ke sekeliling Bangkok. Mereka akan ditahan anak-anak muda para peminat K-pop tempatan untuk bergambar, berkongsi kandungan promosi atau menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu, berserta pemberian tip tambahan.

Setakat ini, inisiatif itu memberi pulangan untuk beratus-ratus pemandu tuk-tuk. Terdapat lebih 9,000 tuk-tuk berdaftar di Bangkok, berdasarkan data kerajaan.

Trend itu bermula sejak protes antikerajaan tahun lalu yang disertai puluhan ribu pelajar yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha – yang berkuasa sejak rampasan kuasa tentera.

Ramai peminat K-pop Thailand yang juga golongan penunjuk perasaan, berikrar untuk tidak lagi mengharapkan iklan dari perkhidmatan skytrain atau kereta api bawah tanah – selepas operasi perkhidmatan itu dihentikan bagi menghalang mereka ke lokasi tunjuk perasaan.




Mereka sebaliknya mula mencetak iklan pada vinil atau kadbod dan merekrut pemandu tuk-tuk, iaitu kumpulan yang amat memerlukan.

“Ini ekspresi politik yang menunjukkan kami tidak menyokong kapitalis, Jika dulu kami mahu memasang iklan di stesen kereta api bawah tanah atau di skytrain, tapi sekarang di tuk-tuk,” kata Pichaya Prachathomrong, 27.

Pichaya sendiri pernah memperoleh 18,000 Baht (RM2,300) dari kalangan peminat band Super Junior sewaktu pelancaran album baharu Yesung, sebelum merekrut 13 tuk tuk lain untuk tujuan tempahan menerusi aplikasi popular, LINE.

Perkhidmatan “Tuk Up”, yang dicetuskan mahasiswa berusia 21 tahun, Thitipong Lohawech, pada awalnya adalah untuk membantu puluhan pemandu yang menyewa kenderaan dari garaj keluarganya. Kini, kaedah itu membantu 300 pemandu di seluruh Bangkok.

“Para peminat K-pop mengagihkan pendapatan itu ke akar umbi, yang membantu memacu perubahan sosial dan menyokong ekonomi,” kata Thitipong.




Para pemandu tuk-tuk mengeluh kerana hanya melihat sedikit sahaja daripada bantuan kerajaan yang sejumlah ratusan bilion diterima, memandangkan kebanyakan kaedah penerimaan adalah melalui aplikasi e-dompet.

“Hendak menunggu wang itu sampai, kami sudah nyawa-nyawa ikan,” kata Pairot Suktham, peandu tuk-tuk berusia 54 tahun yang tidak memiliki telefon pintar. “Golongan peminat ini adalah sistem talian hayat kami sekarang… mereka memberi kami harapan untuk terus berjuang.”-Awani

Pemandu Tuk-Tuk Hilang Mata Pencarian, Peminat K-pop Di Thailand Lakukan Untuk Mereka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sajat berada di resort Pranburi, Thailand…

[VIDEO] Macam Macam Hal…Elak Soalan Yang Tak Disukai, PM Thailand Sembur Wartawan Dengan Cecair Sanitasi



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: