Ramai Kecewa PKP Tak Tamat Esok

Netizen meluahkan rasa kecewa susulan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok.

Tinjauan Kosmo! di laman sosial Twitter juga mendapati perkataan ‘Monday or Tuesday’ turut menjadi sohor kini berikutan kenyataan Muhyiddin yang menjangkakan pengumuman bantuan akan diumumkan pada Isnin atau Selasa nanti.

Seorang netizen @khafif_ berkata, penyambungan PKP ini membebankan rakyat terutama sekali bagi yang bergantung dengan gaji harian.

“Kesian dekat orang yang bergantung gaji harian, dapat pula yang bekerja sektor ‘non essential’. Tak boleh kerja, tak boleh rentas daerah. Gerai-gerai tepi jalan juga semakin bertambah, merisaukan,” katanya.

Seorang lagi netizen @SafwanRamadhan pula menggesa kilang-kilang ditutup segera sekiranya mahu mencapai kadar kes kurang 4,000.

“Macam mana kes nak kurang kalau kebanyakan kes dari kluster tempat kerja, kluster kilang? Susah sangat nak fikir, yang sengsara tetap rakyat juga,” katanya.

Kenyataan itu turut disokong seorang lagi netizen @EzanKysran yang berpendapat, PKP pertama yang dilaksanakan tahun lalu berkesan kerana ketika itu semua kilang ditutup.

Terdahulu, Muhyiddin memaklumkan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan diteruskan sehingga nilai ambang jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes.

Beliau berkata, PKP 3.0 akan kekal sehingga ketiga-tiga indikator yang ditetapkan terhadap Fasa Pertama PPN dicapai sebelum beralih kepada Fasa Kedua PPN. – K! ONLINE.

Ramai Kecewa PKP Tak Tamat Esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Muhyiddin sahkan PKP penuh akan tetap diteruskan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker