Takiyuddin kata Kerajaan belum putuskan kaedah sidang parlimen

Takiyuddin kata Kerajaan belum putuskan kaedah sidang parlimen. Kaedah persidangan parlimen belum diputuskan kerajaan sama ada akan berlangsung secara fizikal atau hibrid, kata Menteri Undang-undang di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan.

Menurutnya, cadangan agar kaedah hibrid dilaksanakan adalah pilihan sekiranya parlimen tidak boleh bersidang secara fizikal.

“Bagaimanapun speaker baru mencadangkan kaedah hibrid kepada kerajaan dan kita belum memutuskan parlimen bersidang guna kaedah mana.

“Parlimen dijangka bersidang akhir Ogos atau awal September sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan speaker (Dewan Rakyat) kelmarin,” katanya selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Perniagaan Cina Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Jelas anggota parlimen Kota Bharu itu, kaedah hibrid adalah membabitkan sebahagiannya hadir secara fizikal dalam jumlah tertentu, manakala yang selebihnya hadir secara maya.

Sementara itu Takiyuddin berkata, mengikut undang-undang, notis untuk persidangan parlimen akan dibuat selepas tamat Ordinan Darurat dan 28 hari sebelum parlimen bersidang.

Tegasnya, Ordinan Darurat tamat pada 1 Ogos dan selepas itu barulah parlimen boleh berkuatkuasa semula.

“Bila tarikh parlimen bersidang, itu bergantung kepada perdana menteri kerana beliau akan menentukan.

“Perdana menteri akan memaklumkan kepada speaker untuk keluarkan notis kepada ahli parlimen dalam tempoh 28 hari sebelum parlimen bersidang,” katanya.

Takiyuddin kata Kerajaan belum putuskan kaedah sidang parlimen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Ramai Kecewa PKP Tak Tamat Esok

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker