Covid-19 : 5586 kes baharu hari ini


Covid-19 : 5586 kes baharu hari ini

TIDAK banyak beza. Kes harian jangkitan COVID-19 seluruh negara masih melebihi angka 5,000 untuk lima hari berturut-turut.

Walau bagaimanapun, kes baharu yang dilaporkan hari ini turun sedikit kepada 5,586 jangkitan berbanding 5,803 dikesan semalam.

Seperti mana hari-hari sebelum ini, Selangor masih mencatatkan penularan tertinggi dengan meningkat kepada 2,212 kes hari ini.

Ini diikuti sebanyak 628 kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan 513 dikesan di Sarawak.

Berdasarkan data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kes harian COVID-19 di Melaka dan Perak naik ketara kepada 380 serta 229 jangkitan hari ini.

Kes baharu di kedua-dua negeri itu melonjak berbanding 355 dan 137 kes yang dilaporkan semalam.

Beberapa negeri turut dikenal pasti melonjak sedikit kes hari ini termasuk Kelantan dan Sabah yang merekodkan 133 serta 190 penularan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 5,803 kes baharu, tak banyak berubah sejak tiga hari lalu

Negeri Sembilan yang mencatatkan sebanyak 741 kes semalam menurun kepada 501 jangkitan baharu hari ini.

Johor, Pulau Pinang, Kedah dan Pahang turut merekodkan penurunan tetapi masih kekal pada tahap tiga angka kes harian iaitu 312, 138, 129 dan 118 jangkitan.

Terengganu dan Labuan pula terus melaporkan dua angka jangkitan harian iaitu sebanyak 16 serta 83 kes hari ini.

Sementara itu, empat kes dilaporkan di Putrajaya dan tiada jangkitan baharu dikesan di Perlis.

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 27 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,586 kes (734,048 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,212 (241,627)
WPKL – 628 (75,223)
Johor – 312 (70,011)
Sabah – 190 (68,767)
Sarawak – 513 (63,824)
Negeri Sembilan – 501 (42,907)
Kelantan – 133 (34,420)
Pulau Pinang – 138 (34,161)
Perak – 229 (25,907)
Kedah – 129 (24,565)
Melaka – 380 (17,757)
Pahang – 118 (13,095)
Terengganu – 16 (11,137)
WP Labuan – 83 (7,812)
WP Putrajaya – 4 (2,251)
Perlis – 0 (584)
CPRC Kebangsaan KKM

Covid-19 : 5586 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Khairy jujurlah atau akan jadi pinnochio – Mariah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker