Miskin bandar terpaksa puasa kerana tiada makanan
Miskin bandar terpaksa puasa kerana tiada makanan
“Ada kalanya kami (enam beranak) terpaksa berpuasa sahaja kerana tidak banyak makanan di rumah. Suami seorang sahaja yang bekerja,” kata Fauziah Ahmad.
Bagi suri rumah yang berusia 52 tahun itu, ia merupakan satu-satunya jalan penyelesaian untuk hari ini.
Bagaimanapun, wanita itu boleh mengukir senyuman apabila keluarganya mendapat sumbangan pada Progam Kasih Kenyang anjuran parti Gerakan berbentuk barangan keperluan yang boleh bertahan untuk sehari dua.
“Alhamdulilah,” katanya yang tidak dapat menahan air mata mengalir di pipi.
Menurut Fauziah, anak-anaknya masih belajar dan mereka sekeluarga bergantung kepada pendapatan suami sebagai pengawal keselamatan untuk meneruskan kehidupan di ibu negara.
Sementara itu, Santha Devi Subramaniam dan suaminya baharu sahaja kehilangan anak bungsu yang mana mereka bergantung harap kepadanya.
“Saya ada seorang anak lelaku sulung tetapi dia sudah tidak bersama kami lagi selepas masuk Islam, hilang begitu sahaja. Saya ada seorang lagi anak perempuan dan menantu yang bantu apa yang boleh.
“Mereka juga ada anak-anak yang perlu ditanggung oleh mereka, jika tidak ada mereka, entahlah apa nasib kami. Suami saya juga sakit sejak kemalangan jadi sudah tidak ada pendapatan sendiri. Dulu kami kerja tukang bersih,” katanya dengan nada sebak.
Bagi menyara kehidupan wanita berusia 64 tahun itu akan bekerja di restoran untuk mencuci pinggan dengan pendapatan antara RM15 hinggga RM30 sehari bagi mengharungi kehidupan.
Miskin bandar terpaksa puasa kerana tiada makanan
Bagi pasangan suami isteri, Nuraina Fazrin Mohd Rafik, 24 dan Mohd Addarul Azwid Alias, 29, kehidupan mereka cukup susah lebih-lebih lagi apabila suaminya hilang kerja sebagai pemandu peribadi.
“Tinggal saya sahaja yang kerja sebagai penjual di farmasi Watson, ada anak-anak masih kecil. Mungkin untuk orang lain bantuan yang diberikan ini seperti beras, minyak, susu tin, bihun tidak seberapa tetapi untuk kami besar sungguh nilainya.
“Macam hendak nangis bila dapat bantuan ini. Terima kasih sangat, Allah sahaja dapat membantu,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Mohd Addarul berharap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan akan berakhir dengan cepat dan tidak akan ada lagi perintah seperti itu kerana ia menyukarkan beliau mencari pekerjaan setelah kehilangan mata pencarian.
“Cepatkan Covid-19 ini berakhir. Kami takut dengan apa yang berlaku terutamanya keadaan ekonomi pada masa ini, kami ada anak-anak dan kehidupan miskin ini sangat menyeksakan,” jelasnya.
Dalam pada itu, bagi ibu tunggal, Sisis Raflis, 46, dengan empat orang anaknya yang masih belajar, mengharungi kehidupan sebagai B40 sememangnya begitu sukar dan perit.
“Nasib baik salah seorang daripada anak saya berniaga, dapat bantulah sikit. Kami cuba berharap keadaan ini akan berubah tidak lama lagi.
“Memang susah besarkan anak dalam keadaan seperti ini tapi kami masih mampu bertahan,” katanya. MG
Miskin bandar terpaksa puasa kerana tiada makanan
Baca Artikel Menarik :
- Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
- RESEPI KUIH LAPIS BERGEDIK SUKATAN CAWAN
- Terkhilaf keluar Amanah, Hasnul minta maaf
- RM20,000 sehari jual durian waktu PKP
- JKom dibayar lawan pembangkang, bukan saya – Najib
- Siti Elizad mandul? Kau cuit salah orang
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.