PKP Penuh selamatkan negara dari malapetaka

PKP Penuh selamatkan negara dari malapetaka

Noor Hisham: Sekatan pergerakan penuh berjaya hindarkan ‘malapetaka’
Diterbitkan sejam lepas
Dikemaskini sejam lepas

Bagi Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa sejak 1 Jun lalu berjaya menghindarkan negara daripada “malapetaka”.

Astro Awani memetik Noor Hisham sebagai berkata, sebelum penguatkuasaannya negara berdepan risiko peningkatan sehingga 13,000 kes sehari pada 14 Jun dan boleh terus meningkat sehingga 40,000 kes beberapa minggu kemudiannya.



Bagaimanapun, katanya, lengkuk jangkitan berjaya dilandaikan dengan penguatkuasaan sekatan itu.

Pada masa sama, dia berkata masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi angka kes baru.

“Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.

“Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga,” katanya seperti dipetik.



Sekatan pergerakan penuh melarang kebanyakan kegiatan ekonomi, sosial dan pendidikan.

Dijadual tamat dua hari lagi, ia dijangka akan terus dilanjutkan memandangkan purata kes baru harian untuk tujuh minggu terakhir masih lebih 5,000 kes.

Pada 15 Jun lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang terbahagi kepada empat fasa, dengan sekatan dilonggarkan pada setiap fasa.

Fasa kedua dijangka bermula Julai, dengan sejumlah lagi sektor ekonomi dibenarkan beroperasi jika purata kes harian kurang daripada 4,000 kes.



Dalam pada itu, Noor Hisham mengingatkan negara kini berdepan ancaman varian baru Covid-19 yang lebih bahaya, iaitu varian Beta dan Delta.

“Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India,” katanya lagi.

PKP Penuh selamatkan negara dari malapetaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sistem perubatan dalam keadaan genting, Apa kerajaan buat?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker