Tips elak masalah dengan mentua dan ipar

Tips elak masalah dengan mentua dan ipar

Dibawah ini ada beberapa tips untuk elak masalah dengab mentua dan ipar kita. Amalkan, insyaAllah keluarga kita akan bahagia. Lagi pun kita mesti menghormati mentua kita seperti orang tua kita.

1. Bersifat terbuka dan berbaik sangka kepada keluarga mentua walaupun mungkin kita mempunyai pendapat yang berbeza. Pasangan kita (suami / isteri) mungkin boleh menjadi perantara untuk menyatukan dua pendapat yang berbeza.

2. Memberi respon positif terhadap sebarang kenyataan atau pernyataan keluarga mentua dengan tidak menggunakan kata-kata yang menyinggung perasaan mereka.



3. Ulama menyatakan berbuat baik dengan kawan-kawan dan adik beradik pasangan merupakan salah satu cara suami / isteri menzahirkan rasa kasih dan sayang kepada pasangan.

4.Menunjukkan kegembiraan dengan kunjungan / kedatangan mereka melalui huluran salam, layanan mesra dan hidangan yang baik mengikut kemahuan (sama seperti kita menghormati dan melayan kunjungan tetamu bukan saudara).

5.Menziarahi adik beradik pasangan / ipar duai dan menghulurkan bantuan / sedekah mengikut kemampuan.

6. Memberi kerjasama dan komitmen dalam aktiviti atau program yang dirancang keluarga mentua atau tidak menghadirkan diri dengan memberi tunjuk sebab secara berhemah agat tidak menyinggung perasaan pihak satu lagi.



7. Tidak mencampuri urusan keluarga mentua terutama dalam soal pengurusan harta atau kewangan melainkan diminta pandangan atau nasihat.

8. Menghargai dan mengucapkan terima kasih atas sebarang pemberian.

9. Cuba memahami situasi atau masalah keluarga mentua dengan memberi sokongan atau bantuan sekiranya berkemampuan.

10. Menjadikan keluarga mentua sebagai sumber bimbingan dan sokongan supaya mereka lebih berasa dihargai, lebih-lebih lagi ibu bapa mentua, sama seperti ibu bapa kandung.



11. Sikap terhadap keluarga mentua menjadi teladan kepada anak-anak. Oleh itu cara melayan ibu bapa mentua, ipar duai dan kaum kerabat pasangan merupakan satu bentuk pendidikan tidak rasmi kepada anak-anak.

12. Sentiasa ingat bahawa pengorbanan kita memendam rasa akibat rasa kurang senang atau tidak puas hati terhadap keluarga mentua atau ipar duai mungkin terlalu kecil jika dibandingkan dengan doa dan restu mereka untuk kesejahteraan hidup kita sepanjang hayat. Utv

Tips elak masalah dengan mentua dan ipar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


RM20,000 sehari jual durian waktu PKP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker