Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin yang kononnya menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menghadap bagi mempersembahkan jumlah sokongan Ahli-Ahli Parlimen.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kes ini selanjutnya akan dirujuk kepada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Terdahulu, Setiausaha Akhbar Hishammuddin, Mohd Hafiz Ariffin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi berhubung satu surat yang ditulis kepada Yang di-Pertuan Agong, yang mendakwa Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu mendapat sokongan untuk menjadi Perdana Menteri yang baharu.
Mohd Hafiz berkata, surat itu palsu dan disebarkan dengan niat untuk memburukkan reputasi Hishammuddin serta mewujudkan kekeliruan orang ramai.
“Surat palsu ini adalah taktik kotor pihak yang berkepentingan untuk menangguk di air yang keruh, mengambil peluang di saat situasi politik dan negara berada dalam keadaan yang getir,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Surat berkenaan direka dengan menggunakan kepala surat Bendahari Agung Barisan Nasional, tandatangan Hishammuddin serta cap perakuan penerimaan surat oleh Bahagian Khidmat Pengurusan Istana Negara bagi tujuan supaya ia kelihatan seolah-olah suatu surat yang sahih.
Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
Baca Artikel Menarik :
- Kenapa Hishammuddin tak nafi kenyataan Nazri?
- Langkah Nazri sokong Hisham strategi lemah
- Peluk, berguling: Aeril, Wawa sedia dikecam
- M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang
- Penagih guna absorber kereta pecahkan mesin CDM
- Resepi Kerabu Maggi Thai
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis terima laporan berhubung surat palsu Hishammuddin
You must be logged in to post a comment.