Balasan akibat menyakiti jiran


Balasan akibat menyakiti jiran

Gara-gara menyakiti jiran, ini balasan yang dia terima…

“Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukan (kesusahan atau derita) ialah memiliki isteri yang tidak baik, jiran yang jahat, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.” – HR Ibn Hibban, al-Hakim, al-Bazzar, al-Tabarani

Dikurniakan jiran yang soleh dan baik merupakan tanda-tanda kebahagiaan yang diperolehi oleh seseorang, ia dapat memberi kesan yang positif dan membantu kita menjalani kehidupan yang tenang dan membahagiakan.



Apatah lagi, apabila kita terpaksa berhadapan dengan masalah maka jiran yang boleh dipercayailah yang akan menjadi tempat untuk meminta bantuan.

Mereka akan mempengaruhi persekitaran hidup kita ke arah kebaikan sekaligus menghasilkan keselesaan hidup berjiran dalam menjalani rutin harian di rumah tanpa perlu memikirkan isu-isu kecil kerana dengan mudah boleh diselesaikan dengan cara berbincang dan bertolak ansur sesama jiran.

Bahkan, jiran yang baik merupakan orang yang paling dekat dan rapat dengan kita. Mereka seolah-oleh pengganti kepada ahli keluarga yang tinggal berjauhan.

Pergaulan dengan jiran yang baik juga akan membentuk syakhsiah dan akhlak anak-anak sepanjang proses perkembangan minda dan pemikiran mereka. Ini akan memberikan impak yang besar bagi masa depan mereka kerana telah dibesarkan dalam lingkungan persekitaran komuniti yang baik, menjaga adab sopan dan berpegang teguh kepada ajaran agama.



Secara tidak langsung memudahkan dan meringankan tugas para ibubapa dalam mendidik anak-anak ke arah kebaikan.

Haram hukumnya bergaduh dengan jiran
Dengan ini, lahirlah satu kelompok yang penuh dengan nilai-nilai terpuji, seterusnya membentuk komuniti yang baik, jauh daripada maksiat dan kerosakan, hingga akhirnya akan mendapat keberkatan, perlindungan dan rahmat daripada Allah.

Haram menyakiti jiran

Buruk macam mana pun jiran kita, haram hukumnya jika mengganggu atau menyakiti jiran. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,



“Demi Allah tidak beriman! demi Allah tidak beriman! demi Allah tidak beriman! Para sahabat bertanya: Siapakah (yang tidak beriman) itu wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Orang yang tidak mengamankan jiranya daripada sesuatu yang memudharatkannya.” – HR Bukhari

Dalam hadis ini, Rasulullah telah mengulangi lafaz “Demi Allah tidak beriman” sebanyak tiga kali dan ini menunjukkan betapa pentingnya wasiat Baginda ini. Hadis ini turut menjelaskan bahawa sesiapa yang menyebabkan kerisauan di hati jirannya daripada sesuatu kemudaratan, maka dia adalah orang-orang yang tidak sempurna imannya.

Begitu juga dengan orang yang tidak membantu dan menenangkan jirannya daripada sebarang bentuk kesusahan. Sabda Rasulullah,

“Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman daripada kejahatannya.” – HR Muslim



Manakala, sesiapa yang sentiasa melakukan kejahatan atau kerosakan yang menyebabkan jirannya berada dalam kebimbangan, maka haram syurga untuknya. Kejahatan di sini boleh dibahagikan kepada dua jenis.

Pertama, lisan. Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Wanita itu selalu menyakiti jiran tetangga dengan lidahnya, tidak ada kebaikan lagi baginya dan dia adalah ahli neraka.”

Kedua, perbuatan. Sabda Rasulullah s.a.w.,



“Mereka yang baik di antara kamu ialah muslim yang menyelamatkan muslim yang lain daripada perbuatan jahat lidah dan tangannya.” – HR Bukhari

Biarpun jiran kita berlainan agama atau bangsa, keterangan di atas haruslah diikuti.

Balasan akibat menyakiti jiran


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Ezlynn istiqamah bertudung, padam semua gambar lama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker