Resepi Laksa Penang Simple, Pekat & Sedap

Laksa Penang ni memang sedap kerana dihidangkan bersama kuah yang pekat, masam, pedas, dan sangat beraroma dari dua bahan iaitu daun kesum dan bunga kantan. Pengunaan ikan yang fresh juga sangat mempengaruhi kesedapan Laksa Penang.
Bahan2👇
1 paket mee laksa panjang Win (celur)
4 ekor ikan selayang
1/2 tin ikan sardin
garam 2 asam keping
1 btg serai
3 ulas bwg putih
6 biji cili padi merah
1/2 inci lengkuas
4 biji bwg merah kecil
1 biji bwg besar
1 inci belacan bakar
20 btg lada kering (rebus)
1 biji nenas (1/2 kiasar 1/2 hiris)
1/2 buku gula melaka
2 bunga kantan
1 ikat daun kesum
air asam jawa secukupnya
air secukupnya
Bahan Hiasan👇
telur (belah 2)
bunga kantan*
timun*
Cili padi*
1/2 biji nenas*
daun salad*
limau nipis*
lobak asin*
(bahan2 bertanda * hiris halus)
Cara Penyediaan👇
rebus ikan selayang dgn asam keping & secubit garam kemudian asingkan isi & tulang ikan
kisar ikan sardin tin,isi ikan selayang dgn air rebusan tdi..kisar tulang2 ikan selayang dgn air rebusan ikan, tapis ambil airnya shj dan kisar pula 1/2 biji nenas
kisar halus bwg putih, cili padi merah, lada kering,lengkuas, belacan,bwg merah kecil, bwg besar
tumis serai serta bahan2 kisar lada hingga pecah minyak (rujuk tips di video utk dptkan warna laksa yg cantik & kuah sedap)
dh pecah minyak masukkn kisaran isi ikan selayang & sardin, air tulang ikan, air nenas, bunga kantan & daun kesum gaul sebatikan
masukkn air asam jawa, garam secukup rasa biarkan reneh (rujuk video utk dpt hasil kuah yg pekat)
dh siap sira kuah laksa atas mee yg tlh dicelur dan taburkan bahan2 hiasan diatasnya
NAK TAHU RAHSIA KUAH LAKSA YG SEDAP CARA ORANG NIAGA, TIPS KUAH LAKSA PEKAT & SEDAP JOM TENGOK TUTORIAL STEP BY STEP 👇
#resepilaksapenang
#kuahlaksapenangpekatsedap
#rahsiakuahlaksapekat
#laksapenang
#ummiatiyahatifkitchen
#resepiviralmudahdansedap

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker