Mekanik maut terkena besi, majikan berdepan tindakan

Mekanik maut terkena besi, majikan berdepan tindakan. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak akan mengambil tindakan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan susulan insiden seorang pekerja maut ketika sedang menukar tayar di sebuah pusat servis tayar di Menglembu, Selasa lepas.

Pejabat Pengarah JKKP Perak dalam satu kenyataan memberitahu, pihaknya memandang serius akan kemalangan yang berlaku terutama melibatkan pekerja mahupun orang awam dan tindakan perundangan berkenaan akan dibuat di bawah peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Katanya, susulan kejadian yang berlaku kira-kira 10 pagi itu, JKKP Perak telah menghantar sepasukan pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan terhadap kes kemalangan tersebut.



“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati mangsa berumur 60 tahun yang bekerja sebagai mekanik sedang dalam proses memasang semula tayar pada rim sebelum ‘lock pin tyre’ yang diketuk menggunakan tukul besi terpelanting keluar daripada rim dan menghentam kepala mangsa.

“Lock pin tyre seberat lima kilogram itu kemudiannya telah melayang ke atas dianggarkan setinggi 35 meter dan memecahkan bumbung bangunan bengkel tersebut sebelum jatuh di luar kawasan bengkel,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut akibat insiden berkenaan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan awal, pihaknya telah mengarahkan majikan untuk mengambil tindakan penambahbaikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi aktiviti kerja yang dijalankan di tempat kerja berkenaan.



“Majikan bertanggungjawab untuk mengenal pasti bahaya di tempat kerja, membuat analisis risiko dan seterusnya mengadakan kawalan risiko yang berkesan sebelum pekerja menjalankan aktiviti bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja dan mengelakkan berlakunya kemalangan.

“Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan penaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC),” jelas kenyataan itu sambil menambah siasatan lanjut mengenai kemalangan itu masih dijalankan.

Dalam kejadian itu, K Kumaresa, 60, ditemukan terbaring berlumuran darah pada bahagian muka, dipercayai akibat terkena besi selepas tayar kren yang ditukar secara tiba-tiba meletup.


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

 


Zahid kalau pemilihan Umno buat tak dengar



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker