Covid-19 : 5841 kes baharu hari ini

Sebaran :


Covid-19 : 5841 kes baharu hari ini

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 5,841 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 716,847 kes, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,072

Ia diikuti Negeri Sembilan (781), Sarawak (581), Kuala Lumpur (552), Johor (346), Kedah (271), Melaka (247), Labuan (212), Sabah (203), Pahang (162), Kelantan (135), Perak (120), Penang (108), Terengganu (29), Putrajaya (17) dan Perlis (5).

ISNIN dan Selasa di bawah 5,000 kes, namun sejak semalam kes harian COVID-19 kembali melepasi angka tersebut.

Malah, penularan virus itu yang dilaporkan hari ini berjumlah 5,841 kes, naik hampir 600 penularan berbanding semalam sebanyak 5,244.

Seperti mana semalam, lebih separuh daripada kes baharu melibatkan Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Tertinggi, Selangor dengan 2,072 kes diikuti Negeri Sembilan 781 kes manakala Kuala Lumpur pula sebanyak 552 kes.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), turut melaporkan kes yang tinggi adalah Sarawak dengan 581 kes, kedua tertinggi selepas Selangor.

Johor pula mencatatkan 346 kes, Kedah (271 kes), Melaka (247 kes) dan Labuan (212 kes).

Paling rendah melaporkan pertambahan kes baharu hari ini ialah Perlis dengan lima kes, Putrajaya (17 kes) dan Terengganu (29 kes).

Covid-19 : 5841 kes baharu hari ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tips jadi peniaga online berjaya


Sebaran :

Leave a Reply