Penganggur ditahan samun peniaga cendol

Gambar tular di laman sosial melibatkan seorang peniaga cendol disamun oleh seorang lelaki di sebuah bank dekat Kemayan pada Isnin.

BERA – Seorang lelaki ditahan pada Rabu selepas disyaki menyamun seorang peniaga cendol dekat ruangan mesin pendeposit tunai (CDM) di sebuah bank dekat Kemayan pada Isnin.

Dalam kejadian terbabit, mangsa yang berusia 60 tahun datang ke bank itu untuk menyimpan wang hasil jualan pada hari berkenaan sebelum disamun menggunakan tukul besi dan ditemui terbaring di ruangan mesin pengeluaran tunai (ATM) terbabit.

Ketua Polis Daerah Bera, Superitenden Zulkiflee Nazir berkata, suspek yang juga seorang penganggur berusia 32 tahun itu ditahan di jalan besar simpang Bukit Mendi Mengkuang dekat sini hasil Ops Cantas yang dijalankan kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurutnya, pihak polis turut merampas merampas wang tunai RM1,015, sehelai baju sejuk berwarna hijau, sehelai seluar panjang hijau muda, sehelai baju t- shirt biru, satu unit topi wama merah hitam dan sepasang selipar hitam.

“Satu maklumat telah diterima oleh anggota polis pada 5 Jun lalu kira-kira jam 3.02 petang iaitu seorang lelaki cedera di bahagian kepala dijumpai terbaring di ruangan ATM sebuah bank di Kemayan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di ruangan ATM bank itu, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang, di mana suspek telah berdiri di belakang mangsa ketika melakukan transaksi bagi memasukkan wang melalui mesin pendeposit tunai.

“Sejurus mangsa mengeluarkan wang, suspek telah mengeluarkan satu tukul besi yang disorokkan di dalam baju bahagian hadapan dan bertindak menghayun tukul yang dipegang menggunakan tangan kanan ke belakang kepala mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambah Zulkiflee, apabila mangsa rebah, suspek terus merampas wang tunai dari tangan mangsa yang sedang terbaring sebelum melarikan diri sehingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian dianggarkan bernilai RM2,000.

“Mangsa telah dibawa ke Klinik Kesihatan Kemayan dan dirujuk ke Hospital Temerloh bagi rawatan lanjut.

“Hasil daripada semakan CCTV di tempat kejadian juga mendapati pakaian yang dirampas merupakan pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkiflee memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan sewaktu melakukan rompakan iaitu jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dolla mahu terbang tinggi

Ini sebab ramai bau wangi waktu malam

Mia Khalifa Jadi Pensyarah Di Oxford Universiti

Seluar dalam Fify Azmi jadi perhatian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker