Ashgabat bandar paling mahal di dunia


Ashgabat bandar paling mahal di dunia

Ibu negara Turkmenistan, Ashgabat mengenepikan Hong Kong, sebagai bandar paling mahal di dunia untuk golongan ekspatriat tahun ini.

Menurut tinjauan firma perunding, Mercer, bandar Ashgabat di negara Asia Tengah itu yang memiliki kira-kira sejuta penduduk, mendahului dalam senarai kos sara hidup tertinggi pada 2021.

Ashgabat yang sebelum ini menduduki tempat kedua naik ke kedudukan teratas kerana ‘inflasi tempatan tinggi’, kata Ketua Gerakan Global Mercer Perancis, Jean-Philippe Sarra kepada AFP.

Turkmenistan yang ekonominya bergantung sepenuhnya kepada eksport gas asli bergelut daripada pemulihan kejatuhan harga tenaga global pada 2014, sehingga menyebabkan ramai pendudukan berada di paras kemiskinan.

Penarafan itu meletakkan Ashgabat di kedudukan teratas senarai tersebut, diikuti dengan Hong Kong pada tempat kedua, Beirut, Lubnan (ketiga), Tokyo, Jepun (keempat) dan Zurich, Switzerland (kelima).

Dua bandar di China yang turut berada dalam senarai bandar termahal ialah Shanghai di kedudukan kelima dan Beijing di tangga ke sembilan manakala Singapura di kedudukan ke tujuh.

Laporan tahunan itu merangkumi penilaian terhadap 209 bandar berdasarkan aspek kos perbelanjaan seperti perumahan, pengangkutan dan makanan.

Menurut Mercer lagi, pihaknya menilai lebih 200 barang dan perkhidmatan untuk laporan berkenaan.

Langkah itu juga membantu syarikat dan kerajaan di seluruh dunia untuk menentukan bayaran gaji yang bersesuaian kepada ekspatriat yang bekerja dengan mereka.

Mercer berkata, sebahagian besar bandar dalam senarai itu adalah hab perniagaan yang mana pertumbuhan ekonomi menyebabkan harga rumah dan kos sara hidup meningkat. AFP

Ashgabat bandar paling mahal di dunia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker