Tips jadi peniaga online berjaya


Tips jadi peniaga online berjaya

Setiap perkara pasti ada cabaran dan risikonya. Walau bagaimanapun, untuk menjadi peniaga berjaya, apa kata anda fokus terus kepada penyelesaian.

Berikut disertakan cara yang boleh diamalkan peniaga online agar risiko dapat dielakkan.

1. Posisikan diri melalui Personal Branding

Lakukan di media sosial untuk mewujudkan kepercayaan bakal pembeli. Apabila pembeli percaya kepada kita, mereka juga lebih mudah untuk membuat keputusan pembelian. Ini juga untuk wujudkan hubungan baik dalam jangka panjang.

2. Kongsi testimoni pembeli

Orang mudah percaya apabila ada orang lain telah berjaya berurusan dengan kita. Jadi kongsikan testimoni ini. Ia boleh jadi dalam bentuk tulisan atau gambar pelanggan bersama produk kita.

3. Konsisten update media sosial

Rajin-rajinlah update di media sosial tentang bisnes anda. Ini adalah untuk memberi keyakinan pelanggan bahawa bisnes anda wajud dan boleh dipercayai. Update ini sebaiknya dibuat kerap setiap hari. Lain medium, lain strategi yang boleh digunakan. Contohnya di Instagram, waktu malam sekitar jam 9 malam lebih ramai pengguna sedang online. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk promosikan bisnes anda.

4. Wujudkan keunikan bisnes

Setiap peniaga perlu ada keunikan yang boleh memberi identiti kepada jenama atau produk anda. Tentunya pelanggan suka dan ada sebab untuk memilih anda daripada peniaga lain. Keunikan ini tidak semestinya sesuatu yang sukar. Kadang-kadang benda yang mudah dan kecil dengan sedikit inovasi menjadikan ia stand out!

5. Hubungan baik dengan pelanggan

Pastikan anda berhubung dengan pelanggan anda untuk memberi personal touch. Ia amat penting dalam apa perniagaan sekali pun. Pelanggan akan merasai penting dan dihargai.

6. Pastikan produk anda berkualiti dan benar-benar berkesan.

Ini sepatutnya menjadi amalan semua peniaga. Sekiranya anda tahu produk anda tidak bagus jangan tipu pelanggan. Ingat menipu akan membawa anda ke neraka jahanam.

Tips jadi peniaga online berjaya


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


M40 jadi B40, terpaksa minta beras sekarang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker