Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

Sebaran :

Resepi Kari Daging Pekat Sangat Sedap

Sebenarnya resepi gulai daging ni ada bermacam-macam mazhab sebab walaupun pada asasnya semuanya kari, tapi bahan-bahan yang digunakan tu ada yang pelik-pelik tapi sedap contoh resepi dibawah ni memang sedap.

Bahan-bahannya

900g daging lembu (ptg dadu kecil2)
1 btg kayu manis
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
3 buah pelaga
10 biji bwg merah kecil (hiris halus)
6 biji bwg putih
2 inci halia
1 btg serai*
1/2 inci lengkuas*
1 biji bwg besar*
3 tangkai daun kari
3sb rempah kari daging
1sk serbuk kunyit
12 btg cili kering (rebus )*
3 biji kentang
2 biji tomato
santan pekat & cair dri sebiji kelapa
3sb kerisik
Cara Penyediaan
kisar halus bwg putih & halia kemudian masukkn daging, bahan kisar & 1sk minyak masak dlm pressure cooker masak dging hingga empuk
kisar bahan2 bertanda * dlm stu blender dgn sedikit air..bahan2 kisar ni satukan dgn rempah kari daging & serbuk kunyit jadikan pes yg pekat
tumis rempah 4 sekawan & bwg merah kecil hingga coklat keperangan kmudian campak daun kari..masukkan pes rempah yg dh buat pekat2 tu masak hingga rempah pecah minyak, bwarna gelap & kering sedikit (rujuk video)
kmudian masukkn daging bserta air rebusan skli, santan cair & kentang biarkan masak hingga kentang empuk baru masuk kerisik, santan pekat & tomato perasa dgn garam secukupnya..masak hingga kuah didih & boleh lah ttp api
JOM DAPATKAN PETUA SERTA TIPS2 KARI DAGING JADI PEKAT DAN RAHSIA KARI SEDAP TAK RASA REMPAH MENTAH
jom join Facebook Page “Ummi Masak Apa Tu”
#resepikaridagingpekat
#resepikaridagingsimplesedap
#beefcurryrecipe
#ummiatiyahatifkitchen

Sebaran :

Leave a Reply