Kak Girl tidak lagi berhijab


Kak Girl tidak lagi berhijab

Bertahun cuba jadi yang terbaik, tapi tak dihargai.. – Kak Girl tidak lagi berhijab

PENAMPILAN pelakon dan personaliti media sosial yang dikenali sebagai Kak Girl baru-baru ini telah mengejutkan ramai pihak. Apa tidaknya, dia yang sebelum ini berhijab kini bertindak untuk tidak lagi memakai tudung.

Pendedahan itu dikongsikan sendiri oleh Kak Girl atau nama sebenarnya, Nur Amira Maslan menerusi sekeping foto tidak bertudung berserta kapsyen seperti meluahkan perasaannya yang sudah lama dipendam.

“Ada sesetengah perkara yang kita rasa kita boleh kawal tetapi sebenarnya tidak. Ada sesetengah perkara yang kita rasa boleh kuat tapi sebenarnya tak.

“Kadang-kadang kita terlalu menjaga hati orang tanpa fikir diri sendiri. Kadang-kadang kita terpaksa ikut kehendak orang walau kita ada kehendak sendiri,” tulisnya.

Dalam pada itu, menurut bekas penyampai radio Best FM ini, bertahun-tahun dia cuba menjadi yang terbaik namun tiada yang menghargai.

“Maaf mungkin ramai yang akan kurang selesa tapi saya sedang menjadi diri saya. Saya hilang arah selama bertahun-tahun, mementingkan orang lain berbanding diri sendiri.

“Sebelum ini saya tidak utamakan diri sendiri dan sekarang ia ‘membunuh’ saya. Tak kiralah apa orang nak kata, saya perlukan ruang untuk diri sendiri dan saya tak perlu jelaskan kepada semua orang.

“Saya berada dalam keadaan yang saya rasa untuk lepaskan dan biarlah saya rawat kecewa ini sendiri. Maafkan saya dan doakan saya kalau sudi.

“Terima kasih. Saya masih orang yang sama cuma mungkin kali ini kelihatan sisi yang berbeza,” katanya.

Perkongsiannya itu telah mendapat lebih 2,500 tanda suka. Walau bagaimanapun, pelakon filem Baik Giler itu bertindak menutup ruangan komen Instagramnya.

Sementara itu, menerusi semakan URTV, gambar-gambar suaminya iaitu Osman Ali yang pernah dikongsikan oleh Kak Girl sebelum ini telah dipadam sekali gus meninggalkan tanda tanya berkaitan hal rumah tangganya.

Untuk rekod, Kak Girl bernikah dengan Osman pada 11 November 2020 di Pejabat Agama Kadir, Johor Bahru.

Sebelum itu, menerusi perkahwinan pertama, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd. Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 sebelum bercerai talak satu pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor. Utv

Kak Girl tidak lagi berhijab


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Plat perancah besi hempap 7 kenderaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker