Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid-19?


Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid-19?

Benarkan penggunaan Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid-19?

Gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berkaitan kesihatan menggesa kerajaan menggunakan darurat untuk membenarkan penggunaan ubat Ivermectin bagi meningkatkan imuniti badan dalam usaha menghalang jangkitan Covid-19.

Salah seorang pengamal perubatan dalam gabungan pertubuhan tersebut, Dr Amir Farid Isahak berkata, gesaan berkenaan bukan untuk menjadikan ubat itu sebagai alternatif, sebaliknya sebagai pelengkap imuniti badan sahaja.



“Ivermectin adalah ubat yang sangat selamat yang baru-baru ini dinyatakan mempunyai manfaat yang sangat berguna dan berkesan dalam rawatan Covid-19.

“Kami mendesak pemerintah untuk meletakkan ubat ini dan digunakan semula sebagai terapi pertama pada pesakit luar.

“Di peringkat global, Ivermectin telah digunakan selama empat dekad yang lalu dan lebih daripada 3.7 bilion dos telah ditetapkan. Ia adalah salah satu ubat paling selamat di farmakopia,” katanya menerusi sidang media yang diadakan dalam talian hari ini.

Antara gabungan pertubuhan yang menyertai sidang media berkenaan adalah wakil daripada Persatuan Kemajuan Perubatan Berfungsi & Interdisipliner Malaysia (​MAAFIM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), SAHAMM dan Malaysian Society for Complementary Medicini.



Turut hadir ketika sidang media, Profesor Dr Mustafa Ali dan Dr Abd Wahab mewakili MAAFIM, Datuk Dr Selvam daripada SAHAMM dan, Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Menurut Dr. Amir, negara-negara lain telah menggunakan ubat ini sebelum pandemik berlaku.

Sementara itu Mustafa mendakwa Ivermectin merupakan ubat yang selamat untuk digunakan bagi merawat manusia dan haiwan.

“Tidak perlu negara kita buang masa kaji keberkesanannya, ia selamat bukan untuk haiwan sahaja, malah manusia. Malahan di negara lain ia dijual di farmasi biasa, di kaunter,” katanya. MG



Ivermectin tingkat imuniti badan halang jangkitan Covid-19?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Krisis dan suhu politik meningkat berpunca daripada PN



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker