UPUOnline: Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja


UPUOnline: Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja

Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja.

Itu adalah dilema yang sering dilalui pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila tiba masanya untuk memilih jurusan atau program pendidikan pengajian tinggi mereka.

Felo Bersekutu Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Mohd Mursyid Arshad berpandangan apa sahaja jurusan yang akan dipilih, minat serta nilai tambah dalam kursus yang dipelajari perlu menjadi asas ketika pemilihan.



“Apa yang penting ialah program pengajian tersebut memiliki nilai tambah yang mana pelajar apabila mengambil kursus atau program terbabit, mereka mampu untuk membina pengetahuan dan kemahiran mereka, selain memenuhi keperluan industri.

“Itu juga salah satu faktor yang menjadi pertimbangan kepada calon untuk memilih program-program yang bersesuaian kerana kita tidak dapat nafikan bahawa program tersebut perlu ada nilai tambah.

“Program tertentu yang mungkin dianggap ‘glamor’ bagi sesetengah individu, tetapi kita juga perlu melihat adakah program tersebut bersesuaian dengan minat dan kecenderungan calon yang memilih.

“Itu menjadi kunci asas kepada pemilihan program,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.



Mengulas lanjut, Mohd Mursyid yang juga Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM berkata pelajar tidak perlu terlalu khuatir akan kebolehpasaran jurusan yang dipohon.

Ini kerana, prospek kerjaya pada masa akan datang dilihat berorientasikan pendigitalan.

“Kalau dilihat beberapa bidang seperti pertanian, keusahawanan, perubatan dan pentadbiran, kebanyakan sekarang ini mula beralih ke corak pendigitalan.

“Ia berkait bagaimana seseorang individu itu berjaya mengubah atau mengolah situasi semasa dalam konteks yang lebih besar.



“Ini menunjukkan bahawa prospek kerjaya sebenarnya meluas di mana walaupun kita ambil jurusan-jurusan tertentu, tidak mustahil graduan juga mampu untuk menceburi bidang-bidang pekerjaan yang jauh lebih besar prospek daripada bidang pengajian,” katanya.

Justeru, beliau menasihati lepasan SPM untuk mengutamakan minat dalam proses pemilihan jurusan pengajian.

UPUOnline: Antara minat, peluang pengajian dan kebolehpasaran kerja

 



KPT lanjut tempoh permohonan, kemas kini UPUOnline sehingga 2 Julai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Parlimen boleh bersidang dalam kilang, sana selamat – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker