PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal
PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal. Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang semalam dilihat agak janggal dan mengelirukan apabila dimulakan dengan memetik hadis yang lari daripada konteks yang ingin disampaikan oleh Nabi Muhammad.
Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Amidi Abdul Manan, berkata menurut hadis tersebut, musuh dan lawan yang jelas dimaksudkan adalah mereka yang secara terang-terangan dan berulangkali memusuhi Allah dan Rasul-Nya.
“Siapakah musuh Islam di negara ini yang dimaksudkan oleh Presiden PAS tersebut? Jika benar musuh yang dikatakan bersumberkan hadis berkenaan, maka musuh tersebut wajib diperangi dan nyawanya halal untuk dibunuh seperti layaknya peperangan ke atas golongan yang digelar sebagai ‘kafir harbi’ dengan maksud yang sebenar,” katanya dalam kenyataan.
Amidi berkata, semua pihak seharusnya memahami dengan perspektif yang lebih tepat.
Katanya, hubungan orang Islam dengan bukan Muslim di negara ini bukan semudah melabel mereka dengan istilah “kafir harbi” dan “kafir zimmi” saja, namun ia lebih kompleks daripada itu.
“Jika benar ada ‘musuh’ Islam, maka ia juga adalah musuh negara kerana ia telah merungkai persefahaman seperti dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kecuali kita juga tergolong dalam kelompok yang menafikan tanggungjawab kita untuk mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam Perlembagaan yang sekali gus menjadikan kita sebagai musuh negara.
“Jika itulah yang dimaksudkan, maka terlucutlah kelayakan kita sebagai warganegara Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, boleh difahami jika yang dimaksudkan adalah musuh politik parti Islam, tetapi bukan musuh Islam kerana ia boleh membawa kepada justifikasi darahnya halal ditumpahkan.
“Jika inilah fahaman yang didokong, maka ia mirip kepada pemikiran yang melampau dan boleh menjejaskan keamanan negara.
“Jika tidak, ia hanya satu pandangan yang penuh dengan kekeliruan dan hanya bertujuan menakut-nakutkan dengan asas yang masih boleh dibahaskan,” katanya.
Semalam, Hadi membidas rekod Pakatan Harapan (PH) semasa menerajui negara selama 22 bulan. Ahli Parlimen Marang itu menggesa generasi muda tidak mudah terpengaruh dengan muslihat dunia tanpa sempadan seperti dicanang kerajaan PH dalam manifesto pilihan raya umum lalu (PRU14).
Hadi mendakwa, kerakusan PH terserlah hanya beberapa hari selepas menawan Putrajaya apabila bersikap melampau terhadap Islam dan kepimpinannya, sedangkan ia suatu perkara yang wajib dipertahankan.
PKR kata pandangan Hadi mengenai musuh Islam di Malaysia janggal
Baca Artikel Menarik :
- Restoren perlu surat kebenaran MITI ke?
- DAP kebulur nak elaun Parlimen Hibrib ke?
- Syed Saddiq mengeluh terpaksa guna duit sendiri
- Restoren daun pisang lakukan penderaan seks
- Resepi Kuih Lompat Tikam
- Resepi Udang Masak Merah Madu
Layari Laman Facebook MYKMU