Bayar guna MyBayar Saman mudah, jimat
Bayar guna MyBayar Saman mudah, jimat
Diskaun saman sebanyak 50 peratus untuk pembayaran saman trafik secara dalam talian ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama sebulan, bermula hari ini dilihat sebagai pemudah cara serta memberi penjimatan untuk pemilik saman trafik.
Kakitangan awam, Saiful Hashim, 47, berkata beliau mengambil masa tidak sampai lima minit untuk menyelesaikan semua pembayaran saman yang dibuat melalui portal rasmi mybayar.rmp.gov.my, hari ini.
“Proses pendaftaran juga tidak rumit dan mengambil masa singkat. Proses pembayaran saman juga mudah kerana pada senarai saman yang diterima, tertera harga saman selepas diskaun yang perlu dilangsaikan untuk setiap satu saman.
“Cara ini lebih mudah berbanding membuat pembayaran di kaunter dan tawaran diskaun 50 peratus yang diberikan juga adalah satu langkah baik untuk menggalakkan orang ramai menyelesaikan saman tertunggak,” katanya kepada BH, hari ini.
Katanya lagi, beliau hanya perlu membayar RM390 untuk empat saman tertunggak bernilai antara RM150 hingga RM300 setiap satu yang mana nilai saman keseluruhan sepatutnya berjumlah RM750.
Bagi Azman Abdullah, 51, beliau mengambil peluang melangsaikan sebahagian daripada 11 saman yang dimiliki susulan diskaun saman sehingga 50 peratus yang ditawarkan PDRM itu menggunakan aplikasi MyBayar Saman PDRM.
“Selain tidak perlu beratur panjang untuk membayar saman, diskaun saman yang ditawarkan dapat memberi penjimatan besar kepada pemilik saman.
“Kita berharap tempoh tawaran diskaun sedemikian dapat dipanjangkan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pemilik saman untuk menjelaskan saman masing-masing,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, memaklumkan inisiatif penawaran diskaun 50 peratus itu adalah untuk membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19.
“Sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, kaunter-kaunter pembayaran saman ditutup sementara untuk mengelakkan orang ramai beratur, justeru pembayaran secara dalam talian adalah alternatif untuk mereka menjelaskan saman.
“Kita tidak menetapkan sebarang sasaran jumlah pembayar saman untuk tawaran kali ini. Ia lebih kepada untuk memudahkan orang ramai melangsaikan saman trafik yang dimiliki.
“Tawaran ini juga bukan sahaja untuk kenderaan persendirian malah untuk kenderaan perniagaan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Azisman berkata, syarikat perniagaan digalakkan untuk mendaftar melalui aplikasi atau portal MyBayar Saman PDRM kerana pembayaran saman untuk kenderaan perniagaan kini boleh dibuat secara dalam talian.
Semalam, Azisman dilaporkan sebagai berkata PDRM melalui JSPT menawarkan pengurangan saman trafik sehingga 50 peratus secara dalam talian, bermula hari ini hingga 18 Julai depan untuk semua jenis saman termasuk saman dalam kategori senarai hitam.
Bagaimanapun, katanya tawaran pengurangan kompaun saman itu tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama yang dikenakan saman dalamtahun ini, kesalahan berkaitan kenderaan berat, pengubahsuaian ekzos serta kes saman dalam sebutan mahkamah. BH
Bayar guna MyBayar Saman mudah, jimat
Baca Artikel Menarik :
- Hormat Agong, usaha segera buka persidangan – kata Rais
- Sebutan semula kes Neelofa dan PU Riz ditangguh
- Resepi sup kambing berempah sedah sungguh
- Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual
- Ebit Lew Lepas Rindu – Sambut Hari Lahir Isteri [VIDEO]
- Persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin – Zahid
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Pensyarah UiTM didakwa buat gangguan seksual
You must be logged in to post a comment.