Alat baca gerak bibir kesan perkataan tidak senonoh di CCTV

Alat baca gerak bibir kesan perkataan tidak senonoh di CCTV
Alat baca gerak bibir kesan perkataan tidak senonoh di CCTV

LONDON – Satu projek penghasilan alat kecerdasan buatan (AI) berjaya dicipta bagi mengesan pergerakan bibir pengasuh kanak-kanak daripada televisyen litar tertutup (CCTV) sekiranya terdapat penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya, lapor laman berita Daily Star kelmarin.

Alat pembaca pergerakan bibir AI itu akan digunakan untuk mengawasi pertuturan pengasuh bayi dan ibu bapa akan menerima amaran setiap kali perkataan tidak sepatutnya digunakan.

Teknologi yang disifatkan lebih pintar daripada manusia itu juga boleh mengesan rakaman CCTV untuk pekerja dan pesakit di hospital kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Skylark Labs yang menghasilkan alat itu, Amarjot Singh berkata teknologi AI yang digunakan syarikatnya mampu mengesan sekitar 50 perkataan yang dikaitkan dengan perkataan tidak senonoh, penderaan dan keganasan.

Dia menambah, ia juga digunakan dalam rumah persendirian di India dan diperintahkan oleh kerajaan India bagi mengesan gangguan seksual terhadap pekerja di Punjab State Power Corporation Limited.

“Saya fikir ada kebaikan memandangkan agar pemilik premis atau ibu bapa boleh menyedari situasi tertentu berdasarkan perkataan yang mampu dikesan oleh sistem,” kata Singh. Agensi

Alat baca gerak bibir kesan perkataan tidak senonoh di CCTV


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Benarkah AI berupaya mencabar ciptaan Tuhan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker