Vaksin CanSino, Johnson & Johnson diluluskan untuk pendaftaran bersyarat

Vaksin CanSino, Johnson & Johnson diluluskan untuk pendaftaran bersyarat

Vaksin CanSino, Johnson & Johnson diluluskan untuk pendaftaran bersyarat

Dua jenis vaksin COVID-19 yang hanya memerlukan satu suntikan dos, masing-masing buatan CanSino dan Johnson & Johnson (J&J) diberi kelulusan pendaftaran bersyarat untuk kegunaan kecemasan.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kelulusan tersebut dicapai melalui Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali-359 hari ini.

Vaksin COVID-19 yang dibangunkan CanSino Biologics, sebuah syarikat dari China dan vaksin Janssen oleh J&J dari Amerika Syarikat turut diberi kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Jelas Dr Noor Hisham, vaksin Janssen diperolehi kerajaan Malaysia melalui perjanjian global COVAX dan didaftarkan melalui mekanisma perakuan ke atas kelulusan WHO untuk penggunaan kecemasan.

“KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk vaksin tersebut dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk-produk vaksin tersebut kekal positif,” jelas Dr Noor Hisham.

Tambah beliau, perolehan bekalan vaksin negara telah dinilai oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM dari pelbagai aspek.

“KKM akan sentiasa mempertingkatkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran PICK,” ujar beliau.

Setakat ini, lima jenis vaksin telah diberi kelulusan untuk pendaftaran bersyarat bagi penggunaan PICK termasuk Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

Dalam masa yang sama, mesyuarat PBKD yang sama hari ini turut mempersetujui bahawa vaksin Comirnaty buatan Pfizer-BioNTech diluluskan untuk penggunaan golongan berusia 12 tahun dan ke atas.-Awani

Vaksin CanSino, Johnson & Johnson diluluskan untuk pendaftaran bersyarat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Cadangan Wan Saiful tutup pendaftaran vaksin tak masuk akal

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker