Polis tahan lori bawa sekumpulan warga asing pakai gelang ‘pink’ di Sungai Petani

Polis tahan lori bawa sekumpulan warga asing pakai gelang ‘pink’ di Sungai Petani

Polis tahan lori bawa sekumpulan warga asing pakai gelang ‘pink’ di Sungai Petani

Polis telah berjaya mengesan dan menahan sebuah lori yang membawa sekumpulan warganegara asing memakai gelang kuarantin merah jambu di Sungai Petani, Kedah selepas tular video dan gambar kumpulan itu di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah berkata pihak polis IPD Kuala Muda telah mengambil tindakan dengan mengesan serta-merta lori bersama individu yang dibawa seperti yang tular di dalam media sosial tersebut.

“Video yang berdurasi selama 19 minit tersebut telah tular dan menunjukkan beberapa individu yang berada di dalam lori itu memakai gelang kuarantin berwarna merah jambu,” katanya dalam satu kenyataan.

Adzli berkata hasil siasatan mendapati, kes positif telah terkesan di sebuah kilang pemprosesan ayam di Sungai Lalang, Bedong, Kedah.

Katanya, lanjutan itu, pihak PKD Kuala Muda telah mengarahkan 135 orang pekerja kilang yang positif tersebut untuk hadir bagi tujuan siasatan dan mengenakan gelang kuarantin.

“Seterusnya, pihak majikan telah mengatur satu lori khusus untuk membawa kesemua 135 kes positif dengan tiga perjalanan.

“Semasa lori tersebut dalam perjalanan ke PKD Kuala Muda, video dan gambar tersebut telah dirakam serta dimuat naik ke dalam media sosial tersebut,” katanya.

Adzli berkata pihak IPD Kuala Muda telah mengambil tindakan segera dengan mengesan lori terbabit dan membuat hebahan bantuan elemen di lapangan.

Katanya, hasil tindakan pantas pihak polis, lori tersebut berjaya dikesan dan ditahan berdekatan kawasan Sg Lalang, Bedong semasa dalam perjalanan pulang dari PKD Kuala Muda menuju ke asrama kilang terbabit.

“Hasilnya, seramai 48 orang kes positif berada di dalam lori tersebut dalam keadaan tangan bergelang kuarantin.

“Pemandu lori tersebut telah disaman atas kesalahan dibawah Sek 23(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menggunakan Lesen Kenderaan Memandu (LKM) bagi tujuan lain,” katanya.

Adzli berkata kertas siasatan turut dibuka melibatkan pengurus/majikan kilang tersebut dibawah Seksyen 22(a) Akta 342 dan Seksyen 269 Kanun Keseksaan kerana perbuatan cuai yang mungkin merebakkan kejangkitan apa-apa penyakit yang berbahaya kepada nyawa.

Terdahulu, Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohamad Yusoff mempersoalkan tindakan membawa warga asing memakai gelang merah jambu itu.

“Anda tengoklah. Takkan nak biar kawasan kita merah semua.

“Bukan nak cari salah siapa-siapa. Nak minta kerajaan tengok balik SOP. Alang-alang nak buat perintah kawalan pergerakan (PKP) buat betul-betul,” katanya di Facebooknya. FMT

Polis tahan lori bawa sekumpulan warga asing pakai gelang ‘pink’ di Sungai Petani


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


[VIDEO] Isteri Dedah Suami Positif Covid-19 Selepas Rider COD Barang Di Rumah Pelanggan Gelang Pink

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker