Pesakit Covid-19 lari dari hospital

Pesakit Covid-19 lari dari hospital

Pesakit Covid-19 lari dari hospital

Menyusahkan orang!

Kuching : Seorang lelaki yang sedang menjalani rawatan Covid-19 berjaya ditahan semula enam jam selepas dia melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Lelaki berusia 28 tahun itu disedari hilang dari katil di Wad Perubatan Lelaki di Tingkat 6 HUS, pada jam 8.15 pagi tadi.

Kakitangan HUS cuba menghubungi telefon bimbit lelaki yang berasal dari Kampung Tambirat Hilir, Asajaya itu, namun gagal.

Berikutan itu, pihak hospital menghubungi Balai Polis Sentral, Kuching untuk mendapatkan bantuan mengesan lelaki terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, susulan maklumat itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menubuhkan pasukan khas untuk melancarkan Ops Kesan.

Beliau berkata, pasukan terbabit berjaya mengesan lelaki itu di kawasan berdekatan tebing sungai di Satok kira-kira jam 2.30 petang.

“Lelaki itu sudah diserahkan semula kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Seksyen 22(b) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit. HM

Pesakit Covid-19 lari dari hospital


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Lelaki positif COVID-19 lari dari wad, SB turut digerak mencari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker