Kadar faedah 4 peratus, tolong atau ah long?
Kadar faedah 4 peratus, tolong atau ah long?
KUALA LUMPUR – Skim Pembiayaan Industri Sukan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada bulan lalu dikatakan kurang mendapat sambutan.
Ini kerana difahamkan hanya 10 peratus pembiayaan itu baru digunakan selepas permohonan dibuat dan diluluskan.
Pemain industri sukan yang terjejas susulan pandemik Covid-19 berkata, kerajaan perlu mengkaji semula kenapa ramai pemohon sektor sukan yang tidak memohon pembiayaan itu.
Dakwa beliau yang enggan dikenali, ini kerana jika pemohon meminjam RM30,000, mereka perlu membayar kadar faedah sebanyak RM13,500.
Tambahnya lagi, jika pemohon meminjam RM100,000, kadar faedahnya pula adalah RM89,960.
“Ini tolong ke ah long? Itu wang kerajaan dan wang kerajaan adalah wang rakyat. Sekarang rakyat sedang susah dan tolonglah balik.
“Contoh lain apabila pengusaha industri sukan mendapat pendapatan bersih dalam RM3,000, sebanyak RM725 perlu dibayarkan untuk pinjaman sebanyak RM30,000. Itu pun kalau sektor sukan kembali dibuka dan kami boleh beroperasi semula.
“Jadi tinggal berapa pendapatan yang tinggal. Kami ceburi industri sukan sebab minat bukan hendak kaya.
“Sepatutnya biarlah kosong peratus kadar jika ingin memberi bantuan pembiayaan kepada sektor sukan,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Syarat kadar faedah empat peratus dalam Skim Pembiayaan Industri Sukan.
Skim Pembiayaan Industri Sukan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta dilaksanakan bersama Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) dan Bank Rakyat itu bagi mewujudkan sinergi dalam aspek pembiayaan mudah bagi pengusaha dan operator fasiliti sukan pasca Covid-19.
Beliau mendakwa lagi, jika pemohon meminjam RM100,000, mereka hanya mungkin mendapat jumlah RM30,000 sebab TEKUN Nasional hanya memberi secara berperingkat dan bergantung kepada pembayaran yang tepat untuk baki jumlah pembiayaan.
“Jika kami ada hutang RM80,0000 dan hanya dapat pembiayaan sebanyak RM30,000. Bagaimana hendak selesai hutang lama dan kembali bernafas?
“Malah tempoh kelulusan pembiayaan pula mengambil masa 40 hari. Dengan Perintaha Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini dan dilanjut lagu dan hanya duduk di rumah, duit belanja dapur perlu dicari,” katanya.
Beliau berharap KBS dapat memberi bantuan khas, dana dan pengecualian lesen niaga kepada pemain indutri secepat mungkin.
“Harap bantuan itu sempat selagi kami berada di ‘ICU’ dan bukannya bantuan diterima selepas kami sudah dihantar ke batu dua (kubur) dan hanya datang siram air dan ambil gambar sebagai kenangan,” katanya penuh kecewa. MG
Kadar faedah 4 peratus, tolong atau ah long?
Baca Artikel Menarik :
- Cara Islam rawat stres
- Suami isteri jual pau RM1 bagi teruskan kelangsungan hidup
- ‘Saya akan cari orang yang beria malukan saya’ – Amaran Tajuddin pada pengkritiknya
- Darurat: Jawatankuasa Khas patut nasihat Agong, bukan Kabinet
- Resepi Kari Ayam Kapitan
- Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan
Layari Laman Facebook MYKMU NET
Laksa Air Itam henti operasi kerana gangguan pemungut hutang, Covid-19
You must be logged in to post a comment.