Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar

Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar

Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar

PETALING JAYA: Meskipun menerima pelbagai kritikan dan datang daripada parti yang bertelagah, barisan Jemaah Menteri hari ini bekerja sebagai satu kerajaan dan “paling tenang” berbanding sebelum ini, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan pada masa ini telah membuat ketetapan untuk tidak fokus soal politik, sebaliknya menjadikan Covid-19 dan nyawa rakyat sebagai tumpuan utama.



“Kerajaan yang ada pada hari ini, meskipun pelbagai kritikan diterima saya rasa (Jemaah Menteri) ini paling tenang (berbanding) yang terdahulu,” kata beliau menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, dakwaan yang mengatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal disebabkan anggota Jemaah Menterinya dilihat tidak berasas kerana sehingga hari ini ia masih konsisten dalam memelihara kesejahteraan rakyat dan negara.

“Walaupun datang daripada luar parti yang bertelagah, tetapi dari segi bekerja sebagai satu kerajaan saya boleh katakan tiada pun satu insiden yang berlaku seperti pertengkaran, percanggahan pendapat dalam bentuk yang orang kata macam krisis yang kita tengok di luar.

“Meskipun (Jemaah Menteri) PN berfungsi dalam keadaan yang tidak ideal susulan ‘berkeceramuk’ kerana datang daripada pelbagai pemimpin parti yang tidak sehaluan sebelum ini, namun ia dapat berfungsi dengan baik,” katanya.



Tambah beliau, setiap Rabu, mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan akan berbincang secara harmoni dengan satu matlamat, iaitu mengatasi krisis kesihatan, ekonomi dan sebahagian isu politik. FMT

Nota : Sekiranya tenang saja adakah bermakna ianya kerajaan yang baik?

Ini Jemaah Menteri ‘bekerja’, paling tenang, kata Annuar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET




Muhyiddin gagal, rakyat mengharap campur tangan Istana

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker