Wisma Putra Sedang Kesan Ebit Lew
Wisma Putra Sedang Kesan Ebit Lew
Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.
“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.
Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir.
Bagaimanapun, tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.
Pada Khamis, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan bahawa Ebit Lew berada dalam keadaan baik setelah berjaya menghubunginya melalui aplikasi WhatsApp.-SH
Baca Artikel Menarik :
- Netizen tunggu Mamu Shaarnaz komen IG Azira Shafinaz
- PKP disambung dua minggu hingga 28 Jun
- Resepi suhun goreng kucai sedap dan lazat
- Resepi gulai ikan temenung sedap baq hang
- Diva AA Balun Abangnya Makan Maggie Kosong -‘3 Bulan Potong Gaji Dah MENGGELUPUR!’
- Apa itu MAGERAN dan adakah diperlukan sekarang?
Layari Laman Facebook MYKMU NET