Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Jual Beli Mystery Box

Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Jual Beli Mystery Box

Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Jual Beli Mystery Box

Statusnya Diragui, Ini Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Jual Beli ‘Mystery Box’

Jual beli kini menjadi mudah, semua barang keperluan kini boleh dibeli secara dalam talian. Hanya perlu menekan beberapa button dan dalam masa beberapa hari barangan anda akan sampai ke rumah.

Tetapi tahukah anda bahawa wujud satu budaya baharu di mana penjualan ‘mystery box’ menjadi tumpuan di kalangan remaja kini. Anda akan menempah sebuah kotak misteri dengan harga yang ditetapkan tanpa mengetahui barangan apa yang ada didalamnya.

Namun persoalannya, apakah hukum jual beli kotak misteri dari sudut pandang Islam? Dan adakah ia memenuhi rukun-rukun jual beli?

Dalam satu soalan yang diajukan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP), difahamkan bahawa hukum jual beli kotak misteri adalah tidak sah dan terbatal di sisi Islam.

Hal ini kerana ia tidak menepati rukun dan syarat asas jual beli iaitu barang jualan mestilah diketahui dan ditentukan jenis barangannya secara spesifik.

Tambah PMWP lagi, para ulama menetapkan bahawa hendaklah setiap jual beli yang dilakukan dengan mengetahui barang jualan di antara pembeli dan penjual.

“Walaupun tidak disyaratkan mengetahui segenap aspek sehingga sekecil-kecil perkara barang tersebut, namun perlu diketahui maklumat asas berkenaan barang tersebut seperti jenis barangan, sifat dan bentuknya, dan lain-lain.”

Tambahnya lagi, jual beli jenis ini turut mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep kotak misteri ini juga telah menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukai olehnya setimpal dengan harga yang dibayar olehnya.

“Justeru, sebarang jual beli “mystery box” seperti yang digambarkan di atas adalah tidak sah dan terbatal. Kesannya, pembeli perlu menyerahkan semula barangan kepada penjual dan penjual hendaklah memulangkan semula wang yang diterima,” kata PMWP dalam satu kenyataan di laman webnya. Vc

Penjelasan Mufti Mengenai Hukum Jual Beli Mystery Box


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Hukum mencabut dan mewarnai uban

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker