Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat

Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat

SUBANG JAYA – Sepasang suami isteri ditahan kerana menghalang tugas polis serta mengeluarkan kata-kata kesat dalam kejadian di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Persiaran Kewajipan di sini, Rabu lalu.

Pemeriksaan polis turut menemui surat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, suspek yang menaiki kereta ditahan oleh anggota yang sedang menjalankan tugas pemantauan kira-kira jam 7.26 petang.

“Semasa pemeriksaan, suspek wanita tempatan berusia 42 tahun melakukan provokasi selain mempersoalkan pemeriksaan yang dibuat oleh anggota polis.

“Wanita itu turut merampas dokumen suaminya, lelaki warga Pakistan berusia 33 tahun yang berada di tangan anggota polis,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, susulan itu, kedua-dua individu itu ditahan untuk tindakan lanjut.

Katanya, pasangan terbabit kemudian direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Tular rakaman video berdurasi satu minit 59 saat memaparkan seorang wanita memarahi anggota polis selepas dipercayai tidak berpuas hati suaminya ditahan untuk pemeriksaan.

Ditahan kerana halang tugas polis, keluar kata kesat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker