Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong

Sebaran :

Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong

Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos ini tidak disambung dan meminta supaya Parlimen dibuka segera bagi membolehkan sistem demokrasi negara dipertahankan.

Cadangan itu disuarakan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

“Umno membawa suara rakyat yang rata-ratanya resah dan gelisah menghadapi Covid-19 sehingga menjejaskan mata pencarian dan ekonomi mereka,” katanya kepada media di luar pintu Istana Negara selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut Zahid berkata, Umno juga memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Parlimen boleh menjadi platform untuk membangkitkan ketidakpuasan hati dan kegusaran rakyat mengenai kenaikan kos sara hidup dan harga barang yang dihadapi ketika ini.

Moratorium pinjaman

Beliau berkata, turut dibangkitkan ialah desakan supaya kerajaan meneruskan pelbagai bantuan, termasuk moratorium pinjaman secara automatik kepada peminjam bukan hanya untuk golongan berpendapat rendah malah merangkumi kumpulan M40 dan T20 yang turut terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Saya juga membangkitkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kerajaan perlu menyediakan pelbagai insentif bukan hanya untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI) malah menggalakkan pelaburan tempatan untuk melabur di negara ini pada masa depan,” katanya

Dalam pada itu Zahid turut mengesahkan beliau tidak membincangkan mengenai penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ketika pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong sebentar tadi.

“Saya tidak membangkitkan isu MAGERAN kerana perkara itu adalah idea kerajaan lama dulu (Dr Mahathir Mohamad) namun Umno menegaskan darurat perlu ditamatkan kerana ia sudah digunakan untuk ‘tujuan lain’,” katanya, tanpa menjelaskan “tujuan lain” yang dimaksudkannya.

Zahid merupakan pemimpin parti politik kesembilan mengadap Yang di-Pertuan Agong setakat ini selepas Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu, selain Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden MCA, Wee Ka Siong, pemimpin Pejuang, Dr Mahathir Mohamad serta Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berbuat demikian.

Dalam pada itu Presiden MIC SA Vigneswaran dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 10.45 pagi tadi dan keluar kira-kira sejam kemudian. FMT

Parlimen dibuka segera, darurat tidak disambung, cadang Umno pada Agong


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Mageran: ​Puad dakwa pegawai PM cuba alih perhatian



Sebaran :

Leave a Reply