[VIDEO] Isteri Pertama Menangis Melihat Suami Bersama Madu Di Majlis Persandingan Mereka
Isteri Pertama Menangis Melihat Suami Bersama Madu Di Majlis Persandingan Mereka [VIDEO]
Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan aksi seorang wanita sedang menangis semasa majlis persandingan suaminya, lapor laman berita Suara.com semalam.
Video yang dimuat naik dalam aplikasi TikTok oleh seorang pengguna bernama @herikanatasya itu menunjukkan wanita tersebut menangis teresak-esak di sudut sebuah rumah.
LIHAT VIDEO DIBAWAH:-
[videopress VjbdAMqL]
Pada masa yang sama, sebilangan tetamu memenuhi rumah tersebut dan meraikan pasangan pengantin baharu.
Wanita yang didakwa isteri pertama itu beberapa kali dilihat mengusap air matanya dan cuba untuk menahan diri daripada menangis ketika melihat suami diraikan bersama madunya.
“Ketika isteri pertama seikhlas hati mengizinkan suami untuk berkahwin lagi,” tulis @herikanatasya pada hantaran tersebut.
Sementara itu, suami wanita berkenaan yang merupakan pengantin lelaki, dilihat sibuk melayan para tetamu bersama isteri baharu dan ibu bapanya.
Rakaman video tersebut menerima beribu-ribu komen daripada pengguna media sosial.
Rata-rata, mereka meluahkan perasaan simpati dan sedih terhadap nasib isteri pertama.
“Ya Tuhan, saya turut dapat merasa sakitnya hati wanita tersebut.
“Semoga dia diberi kekuatan,” tulis seorang netizen. – AGENSI
Sumber: TikTok
Isteri Pertama Menangis Melihat Suami Bersama Madu Di Majlis Persandingan Mereka [VIDEO]
Baca Artikel Menarik
- Polis hanya terima surat dari kementerian dan agensi ini sahaja
- Had masa 2 jam di pusat beli-belah ditarik serta-merta, kata menteri
- Naik menyampah semua iklan muka Ayda Jebat?
- Resepi Ayam Masak Merah Tomato
- Resepi bingka labu berkeju sedap
- Proses vaksinasi lembab bukti ketidakmampuan pemerintahan – Anwar
Layari Laman Facebook MYKMU NET
You must be logged in to post a comment.