Tiada maaf bagimu Brad Pitt

Tiada maaf bagimu Brad PittTiada maaf bagimu Brad Pitt

Los Angeles: Pelakon Angelina Jolie, 46, dilaporkan enggan memaafkan bekas suaminya, Brad Pitt, 57, yang menang hak penjagaan bersama untuk enam anak mereka, baru-baru ini.

Kemenangan itu semestinya kegembiraan terbesar Pitt, namun malang sebaliknya buat Angelina. Sebagai ibu, dia jelas sangat kecewa dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepada Pitt.

Pelakon Those Who Wished Me Dead itu sememangnya berhabisan mahukan hak penjagaan itu jadi miliknya seorang. Justeru, menurut satu sumber, Angelina tidak dapat maafkan tindakan Pitt.



“Dia (Angelina) memang takkan pernah maafkan Pitt. Malah, Angelina percaya perjuangannya belum berakhir mengenai hak penjagaan itu dan pasti bahawa keadilan akan terbukti juga,” katanya.

Manakala, sebuah sumber pula melaporkan niat Pitt berbuat demikian tidak lain mahu terus dekat dengan anak-anaknya.

“Itu saja yang diharapkannya dan dia lega apabila mahkamah berpihak kepadanya. Kemenangan itu cukup besar maknanya buatnya dan Pitt tidak sabar untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

Angelina dan Pitt berkahwin pada 2014 dan dikurniakan enam cahaya mata termasuk anak angkat mereka. Bagaimanapun, pada 2016, Angelina menfailkan cerai terhadap Pitt dan pada 2019, mereka mengesahkan masing-masing sudah kembali solo. HM



Tiada maaf bagimu Brad Pitt


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Pelik! Hadiah Megan Fox Untuk Kekasihnya Ada Titisan Darah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker