Pelik! Hadiah Megan Fox Untuk Kekasihnya Ada Titisan Darah

Megan Fox dan Machine Gun Kelly telah menjalinkan hubungan sebagai kekasih selama hampir satu tahun dan dikatakan bahawa hubungan mereka ini sudah sampai ke tahap yang lebih serius.

Machine Gun Kelly telah memuat naik satu gambar rantai bersama titisan darah di Instagram miliknya dan menyatakan darah tersebut adalah titisan darah kekasihnya, Megan Fox.

Darah pelakon Transformers itu disimpan khas dalam rantai loket bulat dan dipakai dileher Kelly.

Meniru Perbuatan Angelina Jolie dan Billy Bob Thornton

Menurut Elle.com, kalung darah yang dimiliki oleh Machine Gun Kelly itu telah mendapat pelbagai reaksi dari peminat. Ada yang menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh pasangan kekasih ini seolah-olah meniru perbuatan Angelina Jolie dan bekas kekasihnya, Billy Bob Thornton.

Tidak Pedulikan Kata Peminat

Hingga kini, Machine Gun Kelly cenderung tidak peduli dengan apa yang dikatakan peminat sekiranya rantai darahnya serupa dengan Angelina Jolie dan Billy Bob Thornton malah pasangan ini memilih untuk tidak merahsiakan hubungan mereka di media sosial.

Pasangan ini bertemu di set filem Midnight in the Switchgrass, dan hubungan mereka bertambah serius dalam beberapa bulan terakhir. Pada akhir Januari, desas-desus menyatakan mereka sudah bertunang, tetapi dinafikan oleh Megan Fox.-Murai.my

Leave a Reply