Tikus jantan takut kepada pisang

Tikus jantan takut kepada pisang

Sepasukan penyelidik mendedahkan bahawa pisang dapat meningkatkan tekanan terhadap tikus jantan, sekali gus menakutkan haiwan itu, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Penemuan oleh penyelidik dari Universiti McGill di Montreal, Kanada itu dikenal pasti secara tidak sengaja ketika mereka membuat kajian mengenai reaksi tikus jantan terhadap tikus betina bunting dan sedang menyusu anak.



Mereka mendapati bahawa sebatian kimia dalam pisang mencetuskan tindak balas tekanan terhadap tikus jantan.

Sebatian n-pentyl acetate yang ditemui dalam air kencing tikus betina ketika bunting dan menyusukan anak didapati sama dengan sebatian yang terkandung dalam pelbagai jenis buah serta digunakan dalam menghasilkan ekstrak pisang.

Ia merupakan bahan kimia yang menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam diri tikus jantan.

Justeru, apabila pasukan penyelidik meletakkan ekstrak bahan tersebut di dalam sangkar tikus jantan, tahap tekanan haiwan itu meningkat secara signifikan.



Tindak balas tersebut adalah sama dengan tindak balas tekanan yang berlaku ketika ia ingin memulakan pertarungan. K Online

Tikus jantan takut kepada pisang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bill Gates ramal dunia dilanda pandemik baharu 20 tahun lagi

Najib bidas Kit Siang, balun Mahathir, cakap tidak serupa bikin



Pejuang umum akan ‘perangi’ semua kerusi Bersatu dalam PRU-15

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker