Sekat kandungan berkait Palestin, SKMM akan jumpa Tiktok

Sekat kandungan berkait Palestin, SKMM akan jumpa Tiktok

Kementerian Komunikasi dan Digital akan mengadakan pertemuan dengan pengendali aplikasi TikTok berhubung isu kandungan membabitkan konflik Palestin-Israel yang didakwa disekat di platform itu.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata pertemuan tersebut akan diadakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan syarikat induk TikTok esok.



“Saya lihat TikTok sudah mula ‘cuak’ kerana kita akan bertemu dengan syarikat induk mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Axiata Arena malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kerajaan ke atas dakwaan pengguna media sosial bahawa kandungan yang dihasilkan mereka yang mempunyai perkataan seperti Hamas dan beberapa perkataan lain, diturunkan secara automatik oleh TikTok.

Sementara itu, mengulas mengenai program malam tadi, beliau berkata kehadiran yang memberangsangkan dengan lebih 15,000 orang adalah tanda betapa teguhnya sokongan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Kehadiran yang baik ini saya harap akan jadi pencetus dan memberi semangat kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.



Fahmi turut mengingatkan semua yang ingin memberikan sumbangan kepada rakyat Palestin agar memastikan dan mengesahkan sumbangan kepada agensi ataupun badan yang diiktiraf.

“Kita risau tindakan scammer atau pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk meraih dana dan kita tidak tahu dana itu pergi ke mana,” katanya. FMT

Sekat kandungan berkait Palestin, SKMM akan jumpa Tiktok

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker