Budak enam tahun maut akibat sesak nafas, rumah terbakar

Budak enam tahun maut akibat sesak nafas, rumah terbakar

Budak enam tahun maut akibat sesak nafas, rumah terbakar

GEORGE TOWN – Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai akibat sesak nafas dalam satu kejadian kebakaran di rumahnya di tingkat 19, Kondominium The Rise Collection 2, Taman Harapan di sini hari ini.

Mangsa merupakan anak sulung daripada tiga beradik itu dilaporkan meninggal dunia selepas sejam menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) kira-kira pukul 10 pagi.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa yang dikatakan sedang tidur itu ditinggalkan bersama seorang lagi adik lelaki berusia empat tahun di dalam kediaman berkenaan.

Adik mangsa dikatakan berada berdekatan pintu besi rumah mereka, manakala ibu bapa serta seorang lagi adik bongsu yang masih bayi dibawa keluar bersama untuk membeli keperluan rumah.

Budak enam tahun maut akibat sesak nafas, rumah terbakar

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 9.05 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian.

“Ketika itu, mangsa bersama adik lelakinya terlebih dahulu dibawa ibu bapanya turun di tingkat bawah.

“Mangsa yang dalam keadaan tidak sedarkan telah menerima bantuan pernasafan oleh pasukan bomba sebelum dibawa ke HPP, namun disahkan meninggal dunia kira-kira sejam kemudian ,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, kejadian itu disedari ibu kanak-kanak tersebut sebaik melihat kepulan asap di dalam rumahnya semasa membuat panggilan video bersama anak lelakinya sebelum bergegas pulang. K Online

Budak enam tahun maut akibat sesak nafas, rumah terbakar


Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Ibu dalam pantang dukung bayi, pimpin anak, lari daripada kebakaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker