Manfaatkan Masjid, Zul Yahya Cadang Pesakit COVID-19 Islam Kuarantin Di Masjid 24 jam
Manfaatkan Masjid, Zul Yahya Cadang Pesakit COVID-19 Islam Kuarantin Di Masjid 24 jam
Zul Yahya berkata cadangan berkenaan dirasakan wajar sebagai satu cara mengimarahkan masjid selama 24 jam.
Baru-baru ini, pihak kerajaan Indonesia akhirnya memberi keizinan untuk menggunakan masjid tertentu di negara itu ditukar menjadi pusat kuarantin darurat bagi pesakit Covid-19. Pelbagai inisiatif dilaksanakan untuk memutuskan rantaian wabak maut ini demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Di Malaysia sendiri, kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh seluruh negara untuk bersama hentikan Covid-19.
Setiap individu juga diberi peluang untuk membantu kerajaan dengan memberi sumbangan tenaga atau berkongsi pendapat dan cadangan berkaitan alternatif yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan dalam usaha menangani penularannya.
Begitulah yang dilakukan oleh bekas pelakon Zul Yahya tampil memberi cadangan supaya masjid dijadikan pusat kuarantin bagi pesakit COVID-19. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, pemilik nama Zulkifli Yahya itu berkata cadangan berkenaan dirasakan wajar sebagai satu cara mengimarahkan masjid selama 24 jam
“Kenapa tak dikuarantinkan umat Islam positif COVID-19 gejala ringan di masjid, bukankah itu lebih baik, mereka dapat hidupkan amalan-amalan masjid 24 jam dan masjid pun tak sepi.
“Kenapa tak digunakan peluang ini untuk hidupkan solat fardu di masjid-masjid menjadi suasana yang sangat luar biasa seperti solat Jumaat. Lebih banyak manfaat, mungkin boleh menambah kebaikan pada mereka dan kita semua,”
Tambah Zul, dengan cadangan ini, ia bukan sahaja dapat membantu kerajaan malah akan memberi kebaikan buat pesakit supaya berpeluang menjalankan amal ibadah di samping menghidupkan masjid yang kini sepi berikutan larangan solat jemaah. Apabila meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut Zul menyokong kenyataan yang diluahkan olehnya dan ada yang menyatakan idea bernas ini akan bantu kembalikan rahmat Allah SWT. Bagaimanapun, ada juga yang membantah cadangan tersebut dengan menyatakan masjid adalah tempat suci yang seharusnya dijaga rapi dan elakkan daripada apa-apa keburukan melanda masjid tersebut.
Terdahulu, pihak kerajaan mengeluarkan SOP aktiviti masjid baru yang hanya membenarkan bilangan jemaah solat sangat terhad, sementara aktiviti lain dan pengimarahan ditangguhkan. Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, solat Jumaat dan fardu di masjid serta surau Jumaat, hanya 12 orang jemaah dibenarkan terdiri daripada pegawai masjid dan ahli Jawatankuasa (AJK) dengan penjarakan 1.5 meter.
Sumber: Facebook Zul Yahya
Manfaatkan Masjid, Zul Yahya Cadang Pesakit COVID-19 Islam Kuarantin Di Masjid 24 jam
Baca Artikel Menari
- Pelbagai industri kelam-kabut dengan surat kebenaran perjalanan
- TUDM sahkan 16 pesawat tentera China ‘ceroboh’ ruang udara Malaysia
- Buat Masa Ini Saya Tiada Masa Melayan Orang Gila Atau Benda Gila’ – TMJ
- Resepi Kuey Tiow Kungfu Asli dan Sedap
- Simon Cowell Tarik Diri Jadi Juri X Factor Israel – Ada Kaitan Dengan Isu Gaza Dan Zionist?
- Kek Paling Tak Sedap! ‘ Kek Di Kecam Teruk Oleh Influencer, Fazley Yaakob Tetap Bersangka Baik.
You must be logged in to post a comment.