Lelaki tiba-tiba hilang penglihatan, rayu diambil bekerja demi

Lelaki tiba-tiba hilang penglihatan, rayu diambil bekerja demi

Lelaki tiba-tiba hilang penglihatan, rayu diambil bekerja demi

Kuala Lumpur: Pandangan hilang sekelip mata sebaik bangun dari tidur Februari lalu menjadi titik hitam dalam hidupnya.

Mohd Kamil Affendy Hashim, 39, yang sebelum ini menjadi pemandu teksi kini hanya mengharapkan bantuan Baitulmal dan simpanan i-Sinar untuk meneruskan hidup.

Menceritakan detik kelam itu, Mohd Kamil berkata, pandangannya kabur sehingga tidak dapat memandu teksi yang menjadi mata pencarian sejak lebih 12 tahun lalu.

Menurutnya, kini teksinya tersadai manakala kehidupannya bertukar apabila Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjadi destinasi wajib merawat penyakit keradangam saraf mata.

“Pada Februari lalu sebaik bangun tidur pandangan menjadi kabur namun pada mulanya saya beranggapan ia disebabkan diabetis.

“Namun pemeriksaan di sebuah klinik swasta hasil bantuan rakan mengesahkan saya mengalami radang pada saraf mata menjadikan pemandangan kabur teruk,” katanya yang menetap di Taman Bunga Raya di Setapak bersama ibunya yang berusia 74 tahun.

Bantuan Baitulmal

Katanya, bantuan Baitulmal RM400 sebulan digunakan untuk perbelanjaan harian manakala wang i-Sinar pula untuk membayar sewa rumah.

Beliau berkata, usahanya untuk mencari pekerjaan juga masih buntu kerana majikan tidak mengambil pekerja lagi kerana Covid-19 yang tidak menentu.

“Lebih memberi kesan apabila keadaan mata yang sangat membataskan saya untjk bergerak dan terpaksa menggunakan tongkat.

“Ibu sudah berusia dan kami dua beranak berjimat cermat menggunakan wang bantuan untuk meneruskan hidup.

“Untuk menunggu bas bagi ke HKL juga saya perlu bantuan ibu kerana tidak boleh nampak nombor bas,” katanya yang kini menjalani prosedur pemindahan plasma bagi merawat penyakitnya.

Katanya, RM1,000 adalah kos untuk setiap kali rawatan dan kini dalam proses untuk mendapatkan bantuan daripada Baitulmal.

Tambahnya, keadaan kesihatan ibunya juga menyebabkan dia berhasrat untuk bekerja berhampiran rumahnya tanpa mengira apa saja pekerjaan.

“Saya kini hanya mahu bekerja dan merayu kepada mana-mana pihak yang boleh membantu mendapatkan kerja.

“Tidak mampu saya menerima bantuan kerana mahu berusaha mendapatkan kerja untuk meneruskan hidup bersama ibu,” katanya.

Mohd Kamil berkata, dia bercadang untuk menjual kerepak di hadapan premis seperti bank jika masih tidak mendapat pekerjaan.

Katanya, mereka yang mempunyai pekerjaan untuk ditawarkan boleh menghubunginya di talian 012-3960821. HM

Lelaki tiba-tiba hilang penglihatan, rayu diambil bekerja demi


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] Pendaki Buta China Berjaya Takluki Gunung Everest.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker