Covid-19 : 126 kematian hari ini

Sebaran :


126 kes kematian akibat jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini. Jumlah ini adalah tertinggi pernah dilaporkan bagi kes harian.

Sehingga kini, terdapat 2,993 kes kematian akibat jangkitan COVID-19.

Ini adalah korban tertinggi selepas 98 kematian dicatatkan pada Sabtu dan 79 Ahad lalu.



Jumlah jangkitan pula meningkat kepada 587,165 kes setakat ini, dengan 501,898 daripadanya pulih dan angka korban mencecah 2,993 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat 82,274 kes aktif, dengan 878 daripada 441 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes baharu itu, dua ialah kes import dan baki 7,701 penularan tempatan membabitkan 6,860 warganegara dan 841 warga asing.


Berita lanjut menyusul

Covid-19 : 7703 kes baru hari ini


Sebaran :

Leave a Reply