Kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta bukan kerana balik kampung - Polis — MYKMU.NET

Kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta bukan kerana balik kampung – Polis



Sebaran :

Kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta bukan kerana balik kampung – Polis

Polis menafikan kesesakan jalan raya di Plaza Tol Jalan Duta pada 31 Mei lalu, berpunca daripada orang ramai yang dalam perjalanan pulang ke kampung seperti tular di media sosial, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Zulkefly Yahya berkata, semakan kandungan video berkenaan mendapati, kesesakan sepanjang tiga kilometer sebelum plaza tol itu berlaku antara 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang, pada tarikh berkenaan.



“Punca utama kesesakan adalah kerana pemeriksaan rapi oleh pihak polis, bagi memastikan orang awam mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, dan hasil pemeriksaan secara menyeluruh mendapati kenderaan-kenderaan itu mempunyai surat kebenaran merentas negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zulkefly berkata, kesesakan itu juga disebabkan orang ramai keluar membuat pelbagai urusan penting, sebelum bermulanya sekatan pergerakan penuh.

Beliau berkata pada tarikh dan masa berkenaan, pihaknya telah memeriksa kira-kira 4,536 kenderaan yang melalui plaza tol itu.

“JSPT KL akan terus membuat pemeriksaan secara terperinci, bagi memastikan tiada pelanggaran SOP Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, dilakukan,” katanya. – BERNAMA



Kesesakan di Plaza Tol Jalan Duta bukan kerana balik kampung – Polis


   Baca Artikel Menarik

Layari Laman Facebook MYKMU NET

[VIDEO] ‘Produk Wangian Berterabur Atas Jalan Raya’ Achey Bukan Nak Jadi Hero… Tapi Rasa Tanggungjawab


Sebaran :


Leave a Reply