[VIDEO] Pendaki Buta China Berjaya Takluki Gunung Everest.

Pendaki Buta China Berjaya Takluki Gunung Everest. [VIDEO]

Pendaki Buta China Berjaya Takluki Gunung Everest. [VIDEO]

NEPAL: Seorang pendaki yang hilang daya penglihatan menjadi orang buta Asia pertama, dan yang ketiga di dunia, untuk menakluki puncak Gunung Everest.

Zhang Hong, seorang warga China berusia 46 tahun, menamatkan pendakian setinggi hampir 8,850 meter itu bersama tiga pemandu pada 24 Mei lalu.



Beliau kembali ke kem induk pada Khamis lalu.

Zhang kehilangan daya penglihatannya pada usia 21 tahun akibat glaukoma.

Bbeliau masih berasa takut kerana tidak dapat melihat ketika berjalan dan mudah jatuh jika tiada keseimbangan semasa mendaki.



                 Zhang Hong (paling kanan) menamatkan pendakian setinggi hampir 8,850 meter itu bersama tiga pemandu pada 24 Mei lalu.

“Namun, saya selalu berfikir walaupun ia susah, saya perlu berdepan kesukaran itu. Ini salah satu komponen mendaki, ada cabaran serta bahayanya dan inilah erti pendakian,” ujar beliau.



Beliau ingin mencontohi Erik Weihenmayer, seorang pendaki kurang daya penglihatan warga Amerika yang berjaya sampai ke puncak Everest pada 2001, dan mula berlatih di bawah bimbingan pemandu gunung yang juga rakannya, Qiang Zi.

Nepal membuka semula Gunung Everest kepada warga asing setelah ia ditutup pada tahun lalu akibat pandemik COVID-19-NDTV / Reuters

Pendaki Buta China Berjaya Takluki Gunung Everest. [VIDEO]


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET 


9 hutan yang paling misteri di seluruh dunia



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker