4 termasuk 3 beradik mati lemas

4 termasuk 3 beradik mati lemas

4 termasuk 3 beradik mati lemas

PUTATAN: Semua empat mangsa termasuk tiga beradik yang hilang ketika mandi di Pantai Gorongon, di sini, ditemui mati lemas.

Mangsa pertama Norain Amit, 13, ditemui pada jam 8.20 malam sebelum mangsa kedua, Rafidah Amit, 14, berjaya dinaikkan kira-kira 40 minit selepas itu.

Dua lagi mangsa Dalang, 17 dan Korais Amit, 8, ditemui kira-kira jam 9.30 malam tadi di lokasi tidak jauh dari tempat mereka dihanyutkan.

Ketua Polis Daerah Penampang Mohd Haris Ibrahim berkata, semua mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir di lokasi kejadian.

Katanya, semua mayat mangsa sudah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) untuk tindakan selanjutnya.

“Berikutan penemuan semua mangsa kejadian ini, operasi mencari dan menyelamat dihentikan serta merta.

“Bagaimanapun, siasatan akan dijalankan bagi mencari punca sebenar kejadian untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Mohd Haris berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

Dalam kejadian jam 5 petang tadi, lapan individu berusia lingkungan 8 hingga 17 tahun dikatakan pergi ke pantai berkenaan untuk mandi-manda.

Bagaimanapun, ketika mahu pulang, mereka dikatakan cuba berenang ke tepi pantai namun dipercayai dihanyutkan ombak deras ke kawasan laut dalam.

Akibat kejadian itu, empat daripada mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala empat lagi hilang.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang dijalankan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah. FMT

  4 termasuk 3 beradik mati lemas


Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Budak 2 tahun mati lemas dalam besen rumah pengasuh

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker