Lim Kok Wing meninggal dunia pada usia 75 tahun
Usahawan dan tokoh pendidikan Malaysia, Lim Kok Wing meninggal dunia pagi ini pada usia 75 tahun.
Berita ini disahkan oleh seorang pembantu Lim, yang enggan memberi maklumat lanjut.
Minggu lalu, Lim dilaporkan berada dalam keadaan stabil di hospital selepas jatuh di rumahnya.
Lim memulakan kerjayanya sebagai kartunis, menghasilkan strip komik terbitan tempatan pertama di Malaysia dan Singapura, ABU, yang ketika itu diterbitkan dalam surat khabar Eastern Sun.
Beliau kemudian beralih ke bidang periklanan, di mana beliau menubuhkan agensinya sendiri, Wings Creative Consultants.
Dalam tempoh kurang tiga tahun, agensi berkenaan mencipta nama sebagai antara agensi utama di negara ini, dan pada 1988, bekerjasama dengan BBDO, salah sebuah agensi kreatif multinasional terbesar di dunia.
Pada 1991, beliau menubuhkan Limkokwing Institute of Creative Technology yang pertama.
Pada 2002, institusi berkenaan menjadi kolej swasta pertama diiktiraf sebagai kolej universiti, dan kemudian ditukar nama menjadi Limkokwing University of Creative Technology (LUCT).
Selain kampus utama di Cyberjaya, LUCT turut mempunyai cawangan di Sarawak, Kemboja, Botswana, Sierra Leone and United Kingdom-FMT
Lim Kok Wing stabil, sedang terima rawatan selepas terjatuh di rumah