Lim Kok Wing stabil, sedang terima rawatan selepas terjatuh di rumah

Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Lim Kok Wing kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil, tidak seperti dakwaan yang disebarkan di media sosial.

Menurut Naib Presiden Kanan Universiti Limkokwing, Datuk Gail Phung, tokoh perniagaan itu dimasukkan ke hospital selepas terjatuh di kediamannya dan memerlukan beliau menerima rawatan.

“Kami ingin memaklumkan bahawa beliau (Lim Kok Wing) berada dalam keadaan stabil dan mohon beliau diberikan privasi untuk kembali pulih,” kata beliau dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Sementara itu, Pengerusi, Governing Council of Limkokwing University, Prof Datuk Dr Raduan Che Rose berkata, sebarang penyebaran berita yang tidak sahih melibatkan seseorang tokoh seharusnya dihentikan lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pandemik.

“Tolong henti sebarkan khabar angin yang tidak sahih. Bagi pihak Tan Sri Lim Kok Wing saya turu memohon rakyat Malaysia untuk mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Tan Sri buat masa ini,” kata beliau kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

Tiada bukti mencukupi isu perkauman di universiti Limkokwing

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker