KJ jangan ‘syok sendiri’, bekalkan vaksin kepada sektor swasta di Sabah, kata Bung

KJ jangan ‘syok sendiri’, bekalkan vaksin kepada sektor swasta di Sabah, kata Bung

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Bung Moktar Radin, meminta kerajaan persekutuan membenarkan syarikat Pharmaniaga menjual vaksin Covid-19 kepada kerajaan negeri.

Bung berkata, langkah itu bagi memastikan vaksin boleh dibeli oleh sektor swasta seterusnya mempercepatkan lagi pemberian vaksin kepada rakyat negeri itu.

Beliau berkata, langkah kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP) adalah sesuatu yang baik namun ia hanya sia-sia sekiranya tiada perancangan strategik dibuat.

“Di Sabah kita mempunyai 3.89 juta penduduk tetapi sekarang ini hanya kira-kira 130,000 orang yang sudah divaksin dan ini bermakna masih ramai yang terdedah kepada jangkitan Covid-19.

“Selaku pemimpin di negeri ini saya meminta kerajaan persekutuan agar membekalkan vaksin kepada Sabah menerusi Pharmaniaga iaitu syarikat yang dilantik kerajaan persekutuan untuk membekalkan vaksin kepada sektor swasta seterusnya diedar atau dijual di klinik kesihatan swasta dan lain-lain.

“Kenapa Sabah dinafikan hak? (mendapatkan vaksin daripada Pharmaniaga), kami bayar bukan minta percuma, jadi saya meminta kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Kesihatan (KKM) dan menteri bertanggungjawab terhadap vaksin iaitu Khairy Jamaluddin supaya dengar suara orang Sabah, jangan ‘syok sendiri’ saja,” katanya pada sidang media.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, sekiranya sektor swasta di Sabah dibekalkan vaksin untuk diberi atau dijual kepada orang ramai ia akan mempercepatkan lagi proses pemberian vaksin kerana kerajaan dan sektor swasta bersama melaksanakannya.

Katanya, negara ini juga perlu mencontohi beberapa negara luar yang membenarkan sektor swasta menjual vaksin kepada rakyatnya.

“Di Filipina, di Thailand sudah lakukannya (penjualan vaksin oleh sektor swasta), kenapa di Malaysia terlalu ‘slow’? Ramai pemimpin yang bercakap mengenai Covid-19 tetapi mereka hanya cakap kosong saja dan tidak fikir masalah rakyat.

“Negara lain termasuk di Eropah, Amerika, China mereka bertungkus-lumus memberikan vaksin kepada seberapa banyak rakyat mereka tetapi kita di Malaysia, MySejahtera lah, itulah tetapi tidak juga berjalan,” katanya. FMT

KJ jangan ‘syok sendiri’, bekalkan vaksin kepada sektor swasta di Sabah, kata Bung


   Baca Artikel Menari

Layari Laman Facebook MYKMU NET


Uturn : Orang ramai tak boleh pilih vaksin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker